Tuesday, December 13, 2005

seru

Kebanyakkan persatuan yang berteraskan agama gemar menarik figura-figura terkenal untuk menganggotai pertubuhan mereka. Kaballah misalnya mempunyai Madonna sebagai dutanya. Berlumba-lumba peminat Madonna menyerbu untuk menjadi ahli Kaballah.

Brgitu juga dengan Richard Gere yang menjadi duta kepada pertubuhan yang berteraskan ajaran Buddha.

Agak malang apabila budaya ini berjangkit kepada pertubuhan yang berteraskan ajaran Islam. Kumpulan al-Arqam dulu misalnya amat gembira sekiranya ada penyanyi yang menjadi ahli kumpulan mereka. Mereka juga menjaja gambar-gambar pertemuan (sengaja atau tidak) pemimpin mereka dengan pemimpin negara.


Mengapa ini berlaku?

Adakah kerana figura-figura terkenal ini jika menjadi ahli mana-mana pertubuhan akan menjadikan pertubuhan tersebut terkenal dan dengan itu akan menarik lebih ramai ahli?
Atau adakah ini hanya sebagai satu tanda yang persatuan tersebut berada di landasan yang benar?

Ahli-ahli pertubuhan yang berlandaskan ajaran Islam seolah-olah lupa yang kerja mereka adalah menyeru manusia kepada Tuhan, samada ajakan mereka di endahkan atau tidak bukanlah menjadi masalah kepada mereka.

Setiap bakal mubaligh yang akan di hantar untuk mendakyah mestilah menghantar laporan aktiviti dakyah mereka kepada pemimpin gereja mereka. Berapa banyak manusia yang di dakyah, apa yang di dakyah dan berbagai lapuran semasa latihan hendaklah di rekodkan.

Agak malang juga apabila hal ini berlaku kepada kebanyakkan pertubuhan agama Islam. Menjadi sangat penting untuk mengiklankan kejayaan pertubuhan mereka.

Yang memberi hidayah adalah Tuhan, kita cuma perlu berkerja. Dan kerja kita sebenarnya tidak memberi kesan apa-apa kepada kembalinya manusia kepada perintah Tuhan. Kita yang sibuk dengan kerja agama lupa yang apa yang kita lakukan adalah untuk menyelamatkan diri kita dari kemurkaan Tuhan.

Penyanyi, pelakon atau ahli politik tidak menjadikan Islam lebih sempurna.

Dan yang lebih malang adalah kita yang tidak pernah menyeru sesiapapun untuk mentaati perintah Tuhan. Kita yang takut kepada apa sahaja yang di namakan pertubuhan Islam. Kita lebih rela di kenali sebagai ahli apa juga persatuan selama mana ianya tiada kaitan dengan Islam. Kita juga amat gembira sekiranya pertubuhan yang kita anggotai mengalakkan pergaulan secara sangat bebas lelaki dan wanita.

Tapi kita sebenarnya tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana kita ini jika tidak di wajibkan bersembahyang Jumaat rasanya tidak akan menjenguk langsung ke masjid yang bersambung bumbungnya dengan rumah kita. Kita sebenarnya memang tidak berminat dengan Islam. Kita menjadi Islam pun hanya kerana di lahirkan dari ibu bapa yang Islam.

Cuba fikirkan, jika kita ini di lahirkan dari rahim yang bukan Islam, Islamkah kita?

Kepada kita yang takut untuk beradvancer dengan apa juga pertubuhan Islam saya ucapkan 'Selamat Masuk Sorga'.

8 comments:

June said...

biasanya orang beradvancer untuk short-cut ke sorga.

saya sekarang tengah beradvancer dengan Jonism!

sinaganaga said...

Lahir dari rahim Islam pun belum tentu Islam akhirnya nanti, dude!

nbn said...

macamana agaknye kalau org2 penting BUSH tu masuk Islam..?

-nbn

Berus Dawai said...

tak tergapai nak disentuh...
tak terlafaz nak dikata...
tak terlayang nak difikir...
cuma mengaku diri seorang insan kerdil dan jahil...

pakcik kata pada diri sendiri...

jiGOMorrison said...

Jonisma? Adakah lebih menyelerakan dari Mawisma? Hah!

tuan tanah said...

semoga Islam kita bukan hanya Islam pusaka...

Unknown said...

Saidina Umar dahulu adalah figura yang hebat di zaman Jahilliyah, dan Nabi sangat gembira apabila beliau memeluk Islam. Kerana dengan Islamnya Saidina Umar, orang kafir Jahilliyah merasa gentar dengan kekuatan Islam.

Namun begitu, figura di zaman Islam tidak pernah diekploitasi oleh pemimpim Islam ketika itu. dan figuranya juga tidak pernah mengangkat diri sebagai yang terhebat. Sepertimana yang berlaku pada Khalid bin Al-Walid, dari seorang Panglima perang kepada seorang perajurit biasa. Namun beliau tetap berjuang sebagai syuhada walau akhir hayatnya hanya di atas katilnya.

Figura dalam Islam kadang kala menjadi inspirasi kepada masyarakat Islam yang lain, mengukuhkan lagi semangat perjuangan dan kebanggaan kepada umat Islam.

Hari ini, umat Islam sangat mudah terpersona dengan figura-figura yang melalaikan, merosakkan dan menghancurkan.

p/s: sedang menanti Mujaddid abad ke-21!

dith said...

Memang benar, kewajipan kita hanya berdakwah, berjaya atau tidak, itu hak ALlah swt.

Adakah ini dituju kepada Nik Aziz dgn konsert Mawi nya? :)