Tuesday, February 28, 2006

pinggan

satu.

Lelaki kurus yang menjadi gemuk selepas nikah adalah anak derhaka. Berpuluh tahun di beri makan oleh ibuanda tersayang, jasadnya ingkar tidak membesar. Tetapi hanya setahun selepas nikah, jasadnya tiba-tiba merasa amat seronok dan membengkak secara membuta-tuli.

Tidakkah derhaka ibu namanya itu!

Ukuran anak derhaka? Lilit pinggang mereka selalunya lebih dari saiz 30. Bahkan selalunya lebih besar dari itu.


dua.

Minyak naik harga? tidak apa, Mawi kaya, Siti rajin bersedekah. Tentu mereka kongsi bersama kamu.

Monday, February 27, 2006

jatuh

Syaa atni perktaan-perktaan pednek ynag sellau di gnuakan kebnayakkan oarng semsaa menhgantar SMS. Dan ini aadlah craa syaa memblaas dednam itu.

Kecnitaan pdaa rjaa aamt tiggni dlaam naulri kmau smua rpuanya dan syaa uacp kan tanhiah. Seomga kesteiaan kmau tdiak di sia-siakan dan bredoalah aagr rjaa ynag kmau skoong itu tdiak membwaa rbeah.

Speetri ynag syaa ktaakan tdai, syaa sbeenarnya cmua mhau memblaas dednam kpeada smuea peunlis-peunlis SMS.

Bneci suggnuh syaa aapblia tdiak menjdai x, syaa jdai sya. to jdai 2 dan sreibu mcaam lgai jneis tluisan ynag syaa tdiak fhaam. Kreana itulah syaa tdiak membcaa langusng apa-apa SMS (disnii di sbeut segaai TEXT) ynag dhiantar keapda syaa.

Ynag plaing syaa mraah adalah mreeka-mreeka ynag menreima SMS drai syaa tdiak mengmaibl ikhtbair drai SMS ynag syaa hantra kpeada mreeka. Syaa menggnuakan aayt pneuh apablia meniap SMS.

Ini brau blaasan dnuia kpedaa peunlis-peunlis SMS pneedk. Di akihart nnati kmau aakn menreima aazb ynag lbeih pdeih.

p/s: Pn. Ainon, sya cbuk ckit. nanti x cbuk sya 2lis. janganlah marah sya.

Friday, February 24, 2006

ke

ring! ring! ring!

Queen Elizabeth : Hello.
Prince Charles : Hello, Bonda?
Queen Elizabeth : Ya, anakanda.
Prince Charles : Bonda sihat?
Queen Elizabeth : Ya, Bonda sihat.
Prince Charles : (aiseyman)

Saya kasihan melihat para Tengku Mahkota. Mereka hanya akan sebenarnya-benarnya mula 'berkerja' setelah kemangkatan ayahanda mereka. (atau dalam kes Charles, Bondanya yang sangat panjang umur) Selama mana ayahanda mereka hidup, selama itulah mereka sebenarnya seorang penganggur. Dan tentu sekali mereka tidak mahu mendoakan supaya ayahanda mereka segera mangkat! Atau...

Kerana itu jugalah agaknya kebanyakkan para Tengku Mahkota menghabiskan masa mereka dengan kerja yang tidak mendatangkan apa-apa faedah.


p/s: Jika mengemail saya, setelah menaip jonesabdullah, tambah .co.uk selepas yahoo bukannya .com. Maklomlah, saya di England. Manja benar kamu semua ini, itu pun mahu di ajar.

Ralat: Ayat 'Pernah dengar lelaki simbah asid ke muka perempuan?' sepatutnya di baca sebagai 'Pernah dengar lelaki simbah asid ke muka lelaki?'. Segala kesulitan untuk berfikir secara jelas amatlah di kesali.

Plak cap kambing adalah... hmmm, Kita hentikan saja cerita plak cap kambing itu, maklomlah, saya bimbang di boo beramai-ramai di hari anugerah geng jurnal akan datang semasa saya naik ke pentas untuk menerima hadiah Blogger Benci Tapi Rindu nanti. Saya suka geng jurnal. Mereka baik.

Thursday, February 23, 2006

lantai

Filim Mambo King lakonan Armand Asante dan Antonio Bandares adalah sebuah filim mengenai hubungan rapat dua beradik. Sebuah filim yang sangat menarik dan di selang-seli dengan lagu-lagu yang juga menarik.

Dan sesuailah filim itu kerana saya menonton filim itu di rumah kawan rapat yang saya anggap seperti adik beradik saya. Saya dan Nor bersekolah di tempat yang sama dari darjah satu sehingga sekolah menengah. Masa persekolah dan remaja saya banyak di habiskan bersama dia. Ibunya juga saya anggap seperti ibu saya sendiri. Kakak Nor adalah penyanyi terkenal tahun 80an dulu dan katanya sedang berusaha sedaya upaya untuk kembali popular sekarang ini. Nasihat saya kepada dia, lupakanlah kak, awok dah tua.

Saya tidak dapat mengagak sejauh mana eratnya persahabat kami sehinggalah selepas sekolah menengah, saya kemalangan jalanraya dan Nor, ketika itu sedang melanjutkan pelajaran di Kedah bergegas pulang untuk menziarahi saya. Dia memberitahu saya yang dia kebetulan bercuti tetapi ibunya berbisik kepada saya yang dia segera pulang apabila ibunya menalipon dan memberitahu saya kemalangan.

Kami kekal bersahabat sehingga hari ini. Cuma saya kurang senang sedikit dengan dia kerana selain masih aktif sekali sekala menghisap ganja, dia juga tidak berapa rajin bersembahyang. Dia juga sangat berjaya didalam kehidupan dunianya. Dan seperti kakaknya, dia juga masih belum bersedia untuk berhenti hidup dalam alam glamor. Orang tua menghisap ganja dan malas sembahyang, kesedihan saya adalah kerana saya tidak dapat melakukan apa-apa untuk membantu dia selain berdoa.

Persahabat lelaki dan lelaki pada saya adalah ikatan paling ikhlas dalam hubungan manusia. Tidak ada apa yang di harapkan kecuali err... company, maaf saya tidak dapat mencari ayat melayu untuk perkataan itu, maklumlah, saya duduk England.

Lihat saja para lelaki yang berkumpul sesama kawan. Berjam-jam duduk berbual kosong. Meninggalkan keselesaan rumahtangga. Hanya untuk bertemu kawan. Tidak kira samada kawan-kawan mereka kaya atau miskin. Yang penting mereka gembira apabila duduk berkumpul bersama.Jika ini bukan ikhlas, saya tidak tahu apa itu ikhlas.

Perempuan biasanya akan melupakan terus sahabat-sahabat lama mereka sekilas/sejurus mendapat sahabat baru yang lebih kaya dari sahabat lama mereka. Status amat penting pada mereka. Kerana itulah perempuan amat gemar menceritakan kekayaan suami mereka kepada manusia ramai.

Perempuan juga tidak ramai yang setia dalam persahabatan dan biasanya jika memutuskan persahabatan, peluang untuk kembali bersahabat adalah amat tipis. Jika mereka marahkan lelaki? Mereka simbah asid. Pernah dengar lelaki simbah asid ke muka perempuan?

isshhh. melalut.

Moralnya, persahabat lelaki dan lelaki (yang tidak pondan) adalah perhubungan terikhlas di dunia. Contoh terbaik, Persahabatan Nabi Sall Allahu alaihi wa Aalihi wa Sallam dan Para Sahabat.


p/s:

Dahri : wah! Nik Mohamed, cantik sungguh set perabut jati di rumah kamu ini!
Nik Mohamed: Ya, itulah set perabut jati yang saya beli hasil wang hadiah dari esastera.

....

Ron : Plak apakah itu di dalam almari plywood kamu itu Jali?
Jali : err.. oh! itu hadiah johan pakaian beragam tadika Sabrinamon.
Ron : dia berpakaian seperti kambing?
Jali : err.. ya.
Ron : Kelakar sungguh!
Jali : Ya, sangat kelakar.

Tuesday, February 21, 2006

ping

Satu.

Di Austria dan German , adalah menjadi satu kesalahan yang akan mengakibatkan hukuman penjara jika kamu menafikan kebenaran kejadian pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi oleh Hitler (holocaust) dan itulah yang terjadi kepada David Irving, seorang ahli sejarah.

Beliau di penjara selama 3 tahun kerana mengatakan holocaust adalah propaganda semata. Mahkamah Austria menjatuhan hukuman berkenaan keatas beliau hari ini atas 'kesalahan' yang di lakukannya 16 tahun lalu. Oleh sebuah negara yang satu masa dahulu (katanya) amat benci dengan bangsa ini!

Begitulah kuatnya pengaruh bangsa Yahudi hari ini.

Satu bangsa yang kecil jumlahnya menjadi suatu kuasa yang sangat di hormati. Bagaimana ini terjadi?

Dua.

Tidak tahu mengapa, saya merasa amat tidak selesa menulis cerita di atas. Hati saya bersungguh-sungguh menyuruh saya memadamkan tulisan di atas tetapi saya ingkar mengikut kehendaknya.

Tiga.

Airmas, rakan bual internet saya bersungguh-sungguh memarahi saya kerana menggunakan perkataan-perkataan yang kurang enak di blog ini. Katanya saya menjadikan bahasa kotor sebagai bahasa harian dan dia paling tidak senang apabila perkataan yang sama di gunakan kembali oleh pembaca wanita blog ini. Dia menyebut nama Jannah beberapa kali sebagai contoh.

Saya bersetuju dengan beliau dan mengakui kesalahan saya menyebarkan perkataan yang tidak senonoh sebagai kata bual manusia ramai.

Adakah saya akan menghentikan menggunakan perkataan-perkataan begitu?

Entah.

Empat.

Saya pening.

Lima.

Mat Jan kini adalah anggota esastera. Diatas sana, di bawah nama saya, adalah sebahagian dari sajak yang amat baik hasil tulisan beliau yang di hantar ke esastera. Jemput semua ke esastera dan mula menulis. Mengapa? Kerana esastera setiap tahun mengadakan majlis penyampian hadiah untuk penulis sajak, haiku, cerpen dan apa juga jenis penulisan. Dan esastera biasanya memberikan wang tunai yang lumayan sebagai hadiah, bukan plak cap kambing.

Oh! Bukunota juga telah menjadi anggota esastera.

Drirwan, pengasas esastera bercita-cita untuk mengumpulkan seramai 1,000 ahli esastera yang aktif menulis. Bukan ahli berdaftar tapi malas. Segeralah menjadi ahli yang cergas dan cerdas.

Setiap bulan pasti ada sahaja karya ahli-ahli esastera yang di siarkan di merata akhbar dan majalah. Bahkan kadangkala ada karya ahli esastera yang tidak di hantar kemana-mana pun di siarkan secara lanun oleh sebuah akhbar kecil. (haha)

Moto esastera : masa depan sastera anda adalah di esastera.

Enam.

Jangan mencarut.

Tujuh.

Saya tidak ada modal untuk menulis sebenarnya, tetapi kerana takut kamu akan lari ke blog lain (dan saya tidak lagi menjadi popular) maka saya gagahkan diri untuk menulis.

Lapan.

Perbahasan-perbahasan yang lepas amat menarik. Cuma jika boleh silalah berbahas tanpa emosi. Jangan mudah marah dan cuba berfikir sebelum kamu menegakkan pendapat kamu. Kita semuanya manusia yang boleh berfikir, jadi, berfikirlah.

Sembilan.

Apa ubatnya rindu?

Sepuluh.

sigh.

Sebelas.

Apabila menulis 'Nabi Sall Allahu alaihi wa Aalihi wa Sallam', marilah kita tuliskan sepenuhnya. Jangan tulis saw atau sebagainya. Janganlah kita kedekut untuk berselawat kepada Baginda Nabi Sall Allahu alaihi wa Aalihi wa Sallam.

Ikutlah kata saya yang ini, jangan ikut kata kotor yang rajin saya gunakan.

Friday, February 17, 2006

pang

satu.


Spencer : want some?
Jones : wot is it?
Spencer : kosher bacon.
Jones : hotak kamu.
Spencer : hahaha.


dua.

Anonymous : abis kalau kamu tak suka M. Nasir, kamu suka sapa?
Jones : Hazami.


tiga.

Spencer : kamu tak pernah sikat rambut kah?
Jones : tak.
Spencer : mengapa?
Jones : couldn't find a kosher comb in this farking country.
Spencer : huh?
Jones : hahaha.
Spencer : nobbit.

Wednesday, February 15, 2006

pun

Usaha memboikot barang Denmark akan berjaya. Mari saya terangkan mengapa.

Antara barangan eksport terbesar Denmark adalah arak jenama Carlsberg. Rakyat Malaya yang beragama Islam kebanyakkannya tidak minum arak. Jadi usaha untuk memboikot arak dari Denmark menjadi sangat mudah. Jika adapun rakyat Malaya yang beragama Islam yang meminum arak, mereka lebih gemar untuk meminum arak jenama yang bermoto 'ungelekay naladay' kerana sebagai rakyat kepada negara yang pernah di jajah oleh British, mereka masih ada rasa sentimental terhadap kerajaan tersebut. Tidak ada masalah di sini.

Eksport kedua terbesar Denmark pula adalah wayang kongkek. Ini juga tidak menjadi masalah kerana rakyat Melayu Islam Malaya lebih gemar melihat kote bangsa sendiri. "Jason, Melayu punya ada?" adalah soalan wajip setiap pengemar wayang kongkek setiap kali bertemu Jason dari filim Sepet atau rakan-rakan Jason. Maka usaha memboikot barangan Dari Denmark menjadi amat mudah.

Dan eksport ketiga terbesar Denmark adalah daging babi. Ini juga tidak menjadi masalah kerana kebanyakkan rakyat Melayu Islam Malaya tidak memakan daging haram itu. Walau bagaimana pun, jika terlintas di selera mereka untuk merasa keenakan dagin haram tersebut, mereka tidak perlu bersusah payah membeli daging import berkenaan kerana sebagai sebuah kerajaan yang sangat mementingkan keharmonian hidup rakyatnya, pemerintah Malaya dengan senang hati mengizinkan negara itu menjadi Pusat Babi Asia. Cuma pemerintah Malaya merasa sedikit terkilan kerana daging babi yang di eksport ke Temasik di bungkus kembali dan di jual ke negara lain tanpa melebelkannya sebagai hasil ternak Malaya. Kecewa sungguh kerana babi kita punya, orang lain mendapat nama. Bak kata perpatah lama, Babi punya lemak, Temasik punya nama.

Jadi, usaha untuk memboikot barangan dari Denmark sangat mudah dan pasti berjaya. Mujur benar para Yahudi dan kafir Amerika tidak memperlekehkan agama kita. Jika tidak hura-hara rasanya hidup kita tanpa barangan mereka. Bayangkan, hidup tanpa makan ayam goreng beresepi rahsia, bayangkan! ishh, mujur,mujur.

Benar sungguh kata-kata pemerintah Malaya. Kita sudah sama taraf dengan negara maju. Kilang arak belambak di Malaya. Wayang kongkek buat sendiri. Babi juga kita ternak. Maju,maju.


p/s: d'arkampo, saya sudah lama membaca blog kamu. Terima kasih kerana kemari. . uipts, saya nampak kamu, cuma buat-buat merajuk tidak menegur kamu. seperti perempuan tua yang merajuk kerana tidak dihadiahkan talipon bimbit di hari valentine.( perempuan tua dan telepon bimbit, ishh, tidak masuk ke kepala saya, sangat anih)

ini blog terbuka. tulislah apa yang kamu suka.

Tuesday, February 14, 2006

lelaki

"Mengapa tidak menulis mengenai kartun yang menghina Nabi Sall Allahu alaihi wa Aalihi wa Sallam?" tanya seorang pembaca.

Jawapannya adalah kerana saya sangat-sangat takut.

Jika selama ini Allah menutup hati atau keinginan manusia untuk menghina Nabi Sall Allahu alaihi wa Aalihi wa Sallam, tetapi hari ini tidak. Mengapa?

Saya tidak tahu, tetapi saya sangat-sangat takut ini akan menjadi sebab untuk Allah menghantar petaka yang tidak pernah kita lihat. Petaka yang akan menimpa kita, anak-anak kita, ibu-ibu kita.

Cubalah fikir dalam-dalam siapakah Nabi Sall Allahu alaihi wa Aalihi wa Sallam ini. Kemudian tanya kepada diri kamu sendiri adakah layak Baginda di hina sebegitu rupa, kemudian cuba fikirkan pula apakah bala yang kamu rasa layak di henyak ke kepala kita semua ini yang setiap hari semakin jauh dari amalan agama.

Ini kekasih Allah. Mereka hina. Tidak ada ketakutan langsung di hati kitakah?

Cukupkah sekadar berpiket kemudian balik kerumah dan tidur keletihan.
Cukupkah sekadar menutup akhbar di Borneo sana?
Kemudian kamu dengan senang hati mahu menjadi pendamai untuk mereka.
Selamanya kamu menjadi barua si kafir dan kamu gembira.

Mahu apa sebenarnya kita ini?
Mahu mampus dan ditempelak Tuhan?

Saturday, February 11, 2006

malang

"hang racing basikal ka? hang kenai aku? aku (lupa nama). depa pangei aku Raja Bukit" kata seorang lelaki Melayu separuh umur yang duduk di bangku sebuah rumah mabuk di lorong belakang, kepada saya.

Saya dan Wan Tik, sepupu paling rapat dengan saya mengambil keputusan ke Pulau Pinang untuk melihat-lihat Pesta Pulau Pinang yang ketika itu sangat terkenal. Tanpa di ketahui oleh Wan Tik, saya sebenarnya mempunyai motif lain. Saya sebenarnya ingin mencari Masnora. Bapanya mendapat tawaran mengajar di USM (jika saya tidak silap) setelah kontrak mengajar di Sekolah Sains ... tamat. Kerinduan saya kepada Masnora membutakan logik akal. Mana mungkin saya boleh bertemu dengan dia tanpa alamat dan temujanji. Seperti mencari jarum dalam timbunan jerami.

Raja Bukit tadi sedang duduk dengan beberapa lelaki tua Melayu sambil minum arak. Saya tersesat masuk ke rumah mabuk itu ketika mencari rumah tumpangan. Dan ya, saya pernah berbasikal racing. Hadiah lulus peperiksaan semasa di tingkatan tiga. Saya berhenti berbasikal racing setelah termuntah semasa mengikuti rombongan kawan-kawan yang lebih ahli didalam sukan dari saya. Tanpa sebarang latihan saya dengan beraninya menerima pelawaan mereka untuk berbasikal sejauh 30 batu. Muntah hijau.

Saya bukan sahaja berhenti berbasikal racing tetapi saya juga terus berhenti bersukan secara keseluruhannya setelah saya mengambil keputusan untuk merokok dengan serius. Merokok lebih bagus dari berbasikal racing kerana selama merokok ini, saya tidak pernah muntah hijau.

Perhatian: Saya hanya mula merokok setelah tamat belajar. Saya tidak tergolong dalam golongan manusia yang menghidu bau taik sambil menyedut asap rokok. Jika ada antara kamu yang bodoh tidak tahu, merokok sambil berak adalah di larang.

Dibalik kanan bilik tumpangan kami di huni oleh kumpulan 4 orang lelaki Melayu. Dalam lingkungan 20an. Sebelah kirinya di huni oleh seorang lelaki Inggeris (yang merupakan seorang wartawan perlancongan-hal ini di ketahui setelah berlaku satu peristiwa- teruskan membaca untuk mengetahui kisahnya). Sebelah bilik lelaki Inggeris tadi di huni oleh pasangan wanita kulit putih dan lelaki Cina. Dari percakap 4 lelaki Melayu tadi, saya rasa mereka adalah penduduk tempatan, Pulau Pinang atau kedah .

Sekitar jam 2 pagi, saya dan Wan Tik di kejutkan oleh bunyi riuh rendah di luar bilik saya. Terdengar suara lelaki Inggeris tadi dan suara lelaki Cina tuan punya rumah tumpangan. Saya keluar dari bilik. Wan Tik masih tidur. Lelaki Inggeris itu memarahi saya. Katanya saya cuba memasuki biliknya melalui siling dan menunjukkan siling biliknya yang pecah. Tuan punya rumah tumpangan kami terus saja mengunci pintu depan untuk mengelakkan kami dari melarikan diri.

4 lelaki Melayu di bilik sebelah saya tidak kelihatan. Tetapi saya dapat mendengar suara mereka berbisik. Maklum, rumah tumpangan kami bukanlah hotel 5 bintang.

Polis datang setelah sejam kami di penjarakan di rumah tumpangan. Saya, Wan Tik dan 4 lelaki Melayu dari bilik sebelah di bawa ke balai menaiki van Polis. "van baru ke bang?" kata salah seorang dari 4 lelaki Melayu yang sama-sama di bawa ke balai tadi. Cuba berbual-bual dengan abang Polis. "sapa abang hang?" kata abang Polis.

Saya dan Wan Tik di soal siasat. Kami di tanya dari mana dan sebagainya.

Saya bertanya adakah saya di tangkap. Polis yang menahan saya dan Wan Tik menjawab tidak, cuma katanya hal ini menjadi besar kerana lelaki Inggeris di bilik sebelah saya itu adalah wartawan perlancongan dan ini amat berbahaya untuk Pulau Pinang.

Hampir 3 jam saya di balai Polis. Apa yang saya ingat adalah balai menjadi sangat kelam-kabut. Sehinggakan ketua Polis Pulau Pinang di hubungi pagi itu untuk mengetahui apakah tindakan yang perlu di ambil ( jika saya tidak di auta oleh abang Polis yang menyoalsiasat saya). 4 lelaki Melayu dari bilik sebelah rumah tumpangan saya tadi juga di soalsiasat .

Dan saya mendapat tahu yang 4 lelaki Melayu tadilah yang menaiki siling bilik rumah tumpangan dan mereka bukannya hendak merompak atau mencuri tetapi mereka sebenarnya cuma mahu mengintai pasangan di bilik sebelah bilik lelaki Inggeris tadi. Mereka berfikir dengan otot-otot lutut.

Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada 4 lelaki Melayu yang berfikir menggunakkan otot-otot lutut itu. Samada mereka di dakwa atau sebaliknya.

Saya dan Wan Tik kembali ke rumah tumpangan untuk mengambil barang-barang. Tuan punya rumah tumpangan menunggu di muka pintu dengan, "sorry aa incik, sorry aa. Ini malam tidur free sini aa incik." Kami mengambil keputusan untuk tinggal satu malam lagi di rumah tumpangan tersebut sebelum mencari tempat lain. Free beb.

Malam itu kami ke Pesta Pulau Pinang.

Dan bayangkan di dalam ramai-ramai manusia dalam cahaya yang berwarna-warni itu saya bertemu dengan Suhandi, adik Masnora. Dia yang menegur saya. Kami berbual sambil berdiri. Dia bertanyakan itu-ini. Saya menjadi tukang jawab yang bodoh yang tidak meminta sebarang maklumat tentang Masnora atau meminta alamat tempat tinggal mereka. (email dan talipon bimbit belum ujud. Blog juga masih belum di reka). Suhandi kemudian meminta diri dan pergi. Kami bersalaman dan berpisah.

Malam-malam berikutnya saya masih terus ke tapak pesta, menunggu, berdoa bertemu Suhandi sekali lagi. Malangnya peluang semalam tidak datang selalu.

sigh.

Sebelum balik ke Tanah Besar, kami mengambil keputusan untuk menaiki bas ke Seberang Prai. Kesilapan besar. Saya amat yakin yang jika tidak menghisap ganja, pemandu bas tersebut adalah bekas pemandu formula satu. Saya sempat menulis surat wasiat dan memyerahkannya kepada Wan Tik semasa berada didalam bas yang banyak kali mahu menjunam ke gaung sebelah jalan. Sesiapa yang ingin merasa pengalaman hampir mati, sila naik bas ke Seberan Prai. Tidak perlu ke Selesa Hill Homes untuk di tanam.



Pulau Pinang adalah kenangan yang tidak berapa selesa untuk saya.
dan satu lagi,

Hajar : i hate rappers Pa.
Pa : dia juga peguam.
Hajar : a paid liar and a rapper. I don't think so Pa.

Oleh kerana ini semualah maka Mat Jan, saya minta maaf. Jawapannya ialah TIDAK. Maafkan saya sekali lagi Mat Jan, saya sudah cuba tapi tidak berjaya.



p/s: Wan Tik sekarang ini adalah seorang Ustaz yang mempunyai suara membaca al-Quran yang amat baik.

Thursday, February 09, 2006

cinta

"sepatutnya kamu tulis 'cuba jawab soalan diatas dari perspektif seorang yang tidak beragama', bukannya 'bayangkan kamu tidak beragama'" kata Anisah semasa kami berehat di sofa semalam. Kepalanya di dada saya. Rambut perangnya mencuri-curi mengorek hidung mancung saya. Cemburu agaknya. Hidung si rambut perang itu sendiri tidak semancung hidung Pantai Timur saya.

Kami berbincang mengenai tulisan di blog saya yang membawa sedikit perdebatan baik antara Sayuti Dan Nazmi.

Ismail, anak lelaki 23 tahun kami sedang leka menghantar TEXT kepada entah siapa. Saya cuma diam. Mungkin kerana perut yang di isi dengan kaki kambing dan kentang bakar yang di sediakan oleh Anisah untuk makan malam tadi mula minta kepala membawanya ke katil.

"bila kita akan ke Malaya lagi Pa?" tanya Ismail tiba-tiba. Dia memang suka kesana. Suka bertemu neneknya. Barangkali juga kerana di sana dia sering menjadi tumpuan. Seperti bapanya, dia juga sangat kacak. Mujur benar dia tidak mewarisi wajah Inggeris ibunya.

"insyallah hujung tahun ini" kata Anisah menjawab bagi pihak saya.

"aik? bila pulak saya kata kita akan ke Malaya hujung tahun ni?" tanya saya meminta kepastian.

"kamu tak kata, saya yang kata" jawab Anisah. Seperti Ismail, dia juga sangat gemar ke Malaya. Sama seperti saya gemar tinggal disini.

"tolong ambilkan tembakau saya di dapur" saya memberi arahan kepada Anisah. Dengan sedikit malas dia bangun. Seperti semua perempuan, dia juga tidak senang dengan ketagihan saya itu. Cuma tidak seperti perempuan-perempuan lain (yang tidak suka kekasih merokok tetapi redha suami merokok), dia benar-benar tidak suka kerana saya pernah dirawat di hospital disebabkan masalah tembakau.

"saya pewaris insuran nyawa kamu bukan?" tanya Anisah. Itulah ayat yang selalu ditanya bila kami "berbincang" tentang kesihatan saya dan tembakau. Psaikologi terbalik. Kononnya.

"Pa, rakyat Malaya tidak di kenakan cukai?" tanya Ismail.

"ada" jawab saya ringkas.

"habis kenapa jarang saya dengar rakyat Malaya mempersoalkan kemana wang itu di belanjakan. Tidak seperti di sini". Tambahnya lagi.

Betul juga apa yang di katakan oleh Ismail itu. Disini setiap sen wang hasil dari cukai di ambil tahu oleh rakyat. Mereka mahu tahu apa yang kerajaan British lakukan dengan hasil cukai yang berjumlah jutaan pound setiap tahun. Mungkin kerana cukai adalah salah satu hasil terbesar kerajaan British dan rakyat di kenakan kadar cukai yang sangat tinggi. Baik untuk pendapatan atau lain-lain cukai. Cukai pintu misalnya adalah amat tinggi. Tetapi dengan cukai yang tinggi (cukai pintu) rakyat mendapat perkhidmatan yang sangat baik.

Sebagai contoh, beberapa peratus dari cukai pintu adalah untuk perkhidmatan Polis. Jika kamu membuat panggilan bantuan ke balai Polis, dalam masa tidak sampai 5 minit akan berdiri beberapa orang anggota Polis di muka pintu rumah kamu. Dan mereka akan menyelesaikan apa juga ke musykilan kamu. Kecurian atau pun kucing hilang. Semua akan mendapat perhatian yang membuatkan kamu menghargai diri kamu sebagai pembayar cukai.

"entah, mungkin mereka sangat kaya atau sangat bodoh" jawab saya mencuba sedikit provokasi.


"jadi rakyat Malaya tidak perduli dengan apa yang dilakukan kerajaan mereka terhadap wang hasil dari cukai?" tanya Ismail lagi.

"mereka sibuk agaknya. Kamu bukan tak tau, orang Melayu tidak punya banyak masa lapang. pagi hingga petang mereka perlu berkerja. Malamnya mereka berehat sambil memberi sokongan kepada produksi hiburan tempatan. Hujung minggu pula mereka perlu berlipur melepas lelah seminggu berkerja. Jadi urusan wang cukai mereka serahkan kepada kerajaan. Mereka yakin kerajaan melakukan yang terbaik untuk mereka kerana kerajaan mereka katakan begitu." jawab saya.

Saya suka berbual dengan Ismail. Bukan kerana dia anak saya tetapi kerana dia memang berminat mengetahui tentang tanah tumpah darah bapanya. Darah yang mengalir didalam tubuhnya.

"mana pulak mak kamu ni?" saya bersuara.

"Ma!" Ismail memanggil ibunya.

Diam.

"Ma!" panggil Ismail lagi sambil berjalan menuju ke dapur.

"Pa! Pa! cepat Pa!" saya dengar suara Ismail dari dapur.

Cemas.












ishhh..terrel jugak ya saya berangan.

Tuesday, February 07, 2006

itu,

Saya sebenarnya ingin memerangkap kamu dengan ayat "bayangkan kamu tidak beragama" .Saya ingin melihat berapa ramai yang sanggup berangan-angan hidup dengan tidak beragama,tetapi nampaknya saya yang terperangkap. Jadi saya menarik balik ayat tersebut.

Harap maklum.

jangan

Antara perkara yang saya impikan dan semestinya tidak dapat saya lakukan didalam hidup ini adalah mewarnakan rambut. Mewarnakan, bukan di inaikan. Saya terlalu bercita-cita untuk men-silver-warnakan rambut. Halangan ini membuatkan saya tidak sabar untuk menunggu semua rambut saya bertukar menjadi putih secara semulajadi.

Secara tidak langsung ianya membuatkan saya menjadi sangat bersedia untuk menjadi (lebih) tua. (setakat ini hanya SEHELAI rambut saya yang bertukar warna)

Begitulah semua kita, jika ada yang menunggu di hujung perjalanan, semua halangan diantaranya akan menjadi lebih mudah.

Bagaimana kamu? Apa yang kamu impikan?Apa yang membuatkan kamu mahu meneruskan kehidupan dalam suasana kelam kabut ini? Apa yang membuatkan kamu tidak membunuh diri? Filim terbaru Afdlin Shauki? Atau apa?

p/s: apabila menjawab soalan di perenggan akhir itu, bayangkan kamu tidak beragama.

Saturday, February 04, 2006

izinkan

Keputusan kerajaan untuk menghalang pengunaan nama yang di anggap pelik sebenarnya sedikit sebanyak telah mengambil kegembiraan banyak orang. Anak-anak kita nanti selain dari mempunyai nama seperti watak-watak dalam novel popular, mereka juga tidak lagi dapat duduk-duduk mentertawakan nama pelik kawan-kawan mereka.

Tidak akan ada lagi nama Pak Cik Jumaat siak masjid. Tak ada lagi Mak Cik Hitam bidan kampung. Cuba bayangkan Mak Cik bidan kampung dengan nama Wardina atau siak masjid yang bernama Eizlan. Ishhhh..pelik sungguh bunyinya.

Di kampung airmas, kawan saya ada lelaki bernama Ismail Bin Gandum. Tidakkah dengan membaca nama tersebut sahaja membuatkan kamu tertawa? Ketawa beginilah yang saya kata kegembiraan yang bakal tidak dapat di nikmati oleh genarasi akan datang.

Dalam keadaan serba murung dunia sekarang ini, sedikit kegembiraan adalah amat penting.

Saya setuju jika nama-nama yang berunsur lucah dan yang membawa makna tidak baik dilaranguna, tetapi nama-nama hari, warna, bunga dan sebagainya hatta nama-nama yang tidak mempunyai makna sekalipun patut di benarkan. Ia menambah seri kehidupan.

Berita yang kita baca dan dengar semua adalah yang telah di pilih. Ada satu kelompok manusia yang sangat arif tentang kehendak kita yang tahu apa yang baik atau buruk untuk kita. Jadilah kita manusia yang bodoh mengikut apa sahaja kehendak kelompok elit itu tanpa perlu berfikir. Dan kebebesan memberi nama kepada anak-anak juga di diktatikkan.

Isnin, Merah dan Kemboja. Semuanya tidak akan ada lagi. Malang sungguh.

Friday, February 03, 2006

dia

Hari Raya lama dahulu adalah hari yang mengembirankan Mak. Dia yang di kenali garang, membuka pintu kepada kanak-kanak pada hari itu. Mak cukup senang melihat kanak-kanak merebut-rebut meminum oren botol dan kuih muih yang dia sendiri sediakan. Bersengkang mata dia memasak kuih-muih demi untuk melihat kegembiraan kanak-kanak yang bakal datang.Kepada kamu yang lahir sebelum oren botol di anggap barang mewah mungkin tidak akan faham perasaan kakan-kanak itu.

Seorang sebotol. Itu adalah simbol mutlak kegembiraan.

Yang paling di gemari adalah Fanta Hijau. Mak biasanya akan menempah beberapa dozen Fanta Hijau semata-mata untuk menjamu kanak-kanak. Saya sendiri sukakan oren Zapple. Semestinya sedozen khas disediakan untuk saya. Maklum, anak kesayangan.

Adik perempuan saya pula mengemari oren Fanta Merah. Tetapi Mak tidak sediakan apa-apa untuk dia. "kongsi dengan budak-budak, minum Fanta Hijau." kata Mak pada adik perempuan saya.Mak tidak berapa sayang pada dia. Dia hodoh.

Kegembiraan kanak-kanak yang datang berhari raya di rumah kami sampai ke kemuncak apabila mereka di berikan 20sen setiap seorang termasuk adik perempuan saya. Saya dapat 5 ringgit. Maklum, anak kesayangan.

Itulah Mak saya. Sehingga sekarang kanak-kanak masih gemar datang kerumah kami pada Hari Raya. Kanak-kanak yang dahulu, telah dewasa. Walaupun Mak telah jauh berpindah, mereka tetap datang. Mereka bawa anak-anak mereka untuk di perkenalkan kepada "chor", panggilan manja kanak-kanak kampung kepada Mak.

Dia sekarang adalah seorang nenek yang mengembara seluruh alam. Katanya pada kami suatu masa dulu, "nanti anak-anak kamu, kamu sendiri yang jaga. Jangan harapkan Mak. Mak nanti akan mengembara seluruh alam setelah kamu dewasa." Dan dia mengotakan katanya. Walaupun tinggal bersama adik perempuan saya, dia tidak selalu tinggal di suatu tempat. Merata alam di jelajahnya. Mengalahkan saya.

Saya sayang Mak saya. Lebih dari kamu menyayangi mak-mak kamu. Saya rindu Mak saya.

Mengasihi kanak-kanak adalah sesuatu yang sangat di anjurkan. Nabi kesayangan kita amat sukakan kanak-kanak.

Malangnya hari ini kita menghadapi banyak dugaan untuk menyayangi mereka. Pergi sahaja ber Jumaat di mana-mana masjid di mana-mana kawasan perumahan. (saya contohkan hari Jumaat dan masjid kerana memang hari itu sahajalah kamu semua rajin kemasjid, takut jadi kafir jika tiga kali tidak ber Jumaat). Bisingnya mereka mengalahkan keling mati laki.

Dalam suasana bising yang teramat sangat itu, kamu yang benar-benar ingin mendengar suara khatib akan di ganggu. Ditambah dengan panas tengahari, darah kamu akan naik kekepala dan saya terlalu ingin bangun dan menyepak semua kanak-kanak yang terlebuh rajin bercerita itu.

Saya dengan tidak merasa bersalah menfitnah yang ibubapa mereka jarang atau tidak langsung rajin ke masjid. Oleh sebab itulah bapa-bapa mereka merasa tidak bersalah apabila mendengar anak-anak mereka bercerita dengan lancarnya di dalam masjid takala khatib sedang sibuk membaca teks Jabatan Agama Islam Daerah yang di sediakan oleh Jabatan perdana Menteri mengenai betapa pentingnya mentaati pemerintah yang sedang memerintah.

Kemudian lihat pula kelakuan kanak-kanak sekarang. Kurang ajar mereka sudah tidak dapat di bendung. Ibubapa sibuk dengan bermacam kerja. Yang bapa mencari wang untuk menanggung keluarga, si ibu sibuk berkerja untuk membayar wang penjaga anak-anak sementara mereka berkerja. Jadilah anak-anak yang membesar tanpa pengawasan ibubapa. Membesar sendiri dengan undang-undang dan sopan-santun yang mereka pelajari dari kawan sebaya.

Dirumah saya tidak ada perabut atau apa juga yang saya sayang. Pecah saya beli lain. Hilang saya ganti. Jadi saya tidak peduli jika kanak-kanak datang dan pecahkan atau hilangkan apa-apa, tetapi hati saya menjadi terlalu panas jika anak-anak yang datang kerumah tidak tahu sopan. Menjerit tidak tentu hala. Minta perhatian. Anak yang meminta perhatian adalah anak yang tidak di pedulikan dirumah. Ibubapa hanya menunjukkan kasih kasih kepada anak-anak mereka hanya di depan manusia ramai.

Atau inilah anak-anak yang semasa dalam kandungan, ibunya sibuk menghantar SMS kepertandingan adu suara di tivi.

Atau inilah anak-anak yang semasa bayinya di usung oleh ibubapa ke merata pesta nyanyi.


Anak-anak ini apabila diberi kesempatan akan mula mencuri perhatian minta di tonton.Dan anak-anak ini adalah musuh utama saya. Jika di rumah saya mereka menjerit dan berbuat bising semasa saya sedang berbual-bual dengan ibubapa mereka, saya akan mencari peluang untuk menghentam mereka. Setelah di hentam, saya akan memberi amaran supaya perbuatan hitam saya tidak di hebahkan. Jika tidak, saya akan membunuh ibubapa mereka.

Sehingga hari ini taktik kotor saya berjaya nampaknya kerana tidak seorang pun kawan-kawan yang pernah datang kerumah memberikan pandangan berbeza. Cuma sekarang ini jika mereka menziarahi saya, mereka datang sepasang. Anak-anak mereka tinggalkan. Kenapa agaknya. Saya rindukan jerit pekik hiruk pikuk anak-anak mereka. (not)

Anak-anak mereka juga tidak kelihatan jika saya menziarahi mereka.

Saya merayu kepada ibubapa yang anak-anak mereka (dan mereka) yang rajin ber Jumaat di masjid, tolonglah ajar supaya mereka tidak bising. Manalah tahu saya ter Jumaat di tempat kamu dan anak kamu pula menjadi penghulu kaki bising. Takut-takut saya tersepak dengan amat kuat anak-anak kamu nanti.

Dan ajarkan sopan dirumah sendiri supaya anak kamu sopan di rumah orang lain jika tidak mahu mati di bunuh.

Ini rayuan yang sangat ikhlas dari saya. Sumpah!