Friday, October 31, 2008

nasi lemak simple

Orang yang berhuha apabila bintang filim hindustani itu mendapat pangkat adalah golong yang tidak faham akan ketentuan. Mereka tidak faham yang semua kejadian adalah kehendak kuasa yang maha besar.

Siapa yang memberi gelaran adalah tidak penting selagi tidak masuk unsur-unsur korup didalam pembahagian pangkat dan gelaran itu.

Yang menjadi masalah adalah si penerima gelaran.

Sering terjadi si penerima biasanya akan menjadi lebih besar dengan sedikit gelaran. Merasakan gelaran itu adalah seratus peratus usaha dan jasa mereka sendiri tanpa menyedari yang kita tidak ada bahagian di dalam pemberian rezeki kepada diri kita atau pun orang lain.

Segala usaha kita bukanlah satu jaminan kepada satu kemenangan.

Sebagai contoh, ulang suara, sebagai contoh,kamu belajar bertahun-tahun tentang undang-undang. Kamu berharap selepas graduasi, kamu akan menjadi peguam. Keluarga kamu juga telah bersedia untuk membuat kenduri kendara menyambut kejayaan kamu. Kawan-kawan kamu sudah bersedia untuk berbangga-bangga mempunyai seorang peguam sebagai kawan dan penagih dadad dan perompak di kampung kamu nun di pulau pinang sana amat gembira kerana ada kemungkinan memdapat khidmat dengan harga potongan atau mungkin juga secara percuma!

Namun, maha kuasa mempunyai rancangan lain. Kamu di letakan sebagai penulis blub sebuah pernerbitan yang berkembang maju dan oh! kamu juga berhenti menulis blog.

Bila ini berlaku, adakah kamu yan g salah atau maha kuasa yang silap? Tentu sekali tidak.

Tentu ada perancangan yang terlindung yang tidak kita ketahui.

Mungkin dengan kejadian itu kamu kemudiannya akan menjadi pengarah filim terhebat masa akan datang. Siapa tahu?

Makanya, tidaklah perlu kita berbangga-bangga dengan sedikit gelaran. Kita tidak mahu menjadi sarjan polis yang di pinggirkan setelah pencen. Dan kita berharap dalam masa 3-4 tahun akan datang tidak akan ada penulis blog yang menukar nama blognya kepada blog DR SINGA misalnya.

Friday, October 24, 2008

camy store


the STATE we're in.*



membenarkan kebodohan
lagu : meor
sajak : yours truly


gezichtsbedrog

apa khabar agaknya
gadis-gadis yang patah hati
di tahun-tahun 60an dan 70an dan 80an dahulu
adakah sudah menikah dan beranak-pinak atau mati atau
menjadi penghuni rumah-rumah sundal, menjual cinta dan
kasih dengan sedikit harga sebagai membalas dendam sebagai
pemberontakan terhadap berahi yang terhalang

apa khabar agaknya
lelaki-lelaki yang galak berzina
di tahun-tahun 60an dan 70an dan 80an dahulu
adakah sedang disiksa malaikat atau menjadi kepala keluarga
yang senang hati melihat anak menjadi ranggi dan tersenyum
apabila peroleh cucu haram atau barangkali sedang aktif
dalam partai sambil mengintai posisi utama pegangan negeri

sengaja aku bertanya khabar
kerana ghairah cinta remaja kala ini dijual di novel-novel di-
layar perak dan di muka peti tivi seolah-olah sangat penting
dan akan mampus segala kehidupan jika sekiranya tidak digembar-
gemburkan akan hilang tamadun jika sekiranya tidak
di-lamputinggi-kan dan terjerit-jerit mempertahankan
konon itu suci, konon ini suci dan konon inilah sumbangan kepada
perjuangan walhal semuanya adalah untuk untung,
untuk uang

dan lelaki-lelaki yang berzina dahulu adalah berkat usahamu
menanam cinta dalam benak remaja kerana kamu lupa yang mereka
cuma perlukan sedikit agama.

Sunday, 10 June 2007


*maaf, saya terlalu inggeris untuk me-melayu-kan tajuk gambar diatas.

Saturday, October 18, 2008

restoran zaman

Jika kamu berniat mahu menubuhkan kumpulan musik, maka bersedialah untuk menamakan kumpulan kamu dengan nama-nama Inggeris atau kamu akan menanggung risiko tidak popular.

Hal ini tidak terikat kepada satu genre musik. Semua pun terlibat. Gabungan artis nasyid seMalaya atau rengkasnya GAY juga demikian.

Bukanlah kerana saya ini seorang pencinta bahasa melayu atau kerana sangat sastera, cuma gunakanlah ayat yang betul dalam apa bahasa sekali pun.Saya melihat banyak kesilapan yang dilakukan dalam menamakan kumpulan nyanyi khususnya kumpulan nasyid. Oleh yang demikian, di bawah ini saya nukilkan kesilapan dan saranan saya kepada kumpulan nasyid berkenaan.

Mari kita mula dengan permilihan nama kumpulan nasyid.

'NOW SEE HEART'. Ayat berkenaan adalah ayat selepas sesuatu ayat, tetapi mereka memilih untuk menyuruh kita terus 'SEE HEART'. Apakah yang kita lihat atau buat sebelum 'SEE HEART' tidak dinyatakan? Ini menjadikan nama itu amat mengelirukan.

Lalu saya mencadangkan agar kumpulan ini menukar nama kepada 'YOU'VE SEEN MY COCK, NOW SEE (MY) HEART. Ianya bukan sahaja lebih jelas dan sanggat Inggeris,bahkan ianya seakan sama dengan nama-nama kumpulan musik Inggeris generasi baru dan amat terkini. Seangkatan dengan 'MEET UNCLE HUSAIN'.Jelas dan tepat.

Ianya juga menjadi menjadi satu saranan yang amat baik di mana setelah mengetahui saiz anu,tengok pula hati pemunya anu kerana hati adalah lebih penting dari anu.

Atau jika mereka mahu, boleh sahaja di tukarkan nama mereka kepada NASIHAT jika tidak NAK SEHAT. NAK SEHAT amat sesuai untuk nama kumpulan yang menyanyikan lagu-lagu berunsur mendidik kerana kita semua sedia maklum betapa ramainya manusia seluruh alam menjadi amat insaf setelah mendengar lagu-lagu nasyid terutama yang di usahakan oleh kumpulan KRU yang sungguh up-beat itu.

Satu lagi, 'IN TEAM'. In wot freaking team? Kenapa mesti menggunakan perkataan Inggeris jika INTIM yang dimaksudkan? Atau untuk lebih semasa,kenapa tidak dinamakan 'PERHUBUNGAN INTIM'? Ianya bukan sahaja indah dan harmoni bahkan amat akrab bunyinya. Tambahan pula jika kumpulan itu dianggotai oleh pemuda dan pemudi.

Dan akhir sekali kumpulan nasyid 'Bar2Play'. Apa? Tak ada kumpulan nasyid dengan nama itu? hmmm... patutnya ada.

Friday, October 10, 2008

benteng



Malam itu saya sibuk menjawab sms dari Ipi. Dia mahu mengikut saya ke studio. Lama sebelom dia tahu saya melukis pun, Ipi amat minat melukis. Tetapi hari esoknya adalah hari persekolahan, jadi saya tidak mahu membawa dia kestudio.

Namun dia berkeras menghantar sms meminta saya mengambilnya pagi esok. Saya katakan yang jika dia sanggup datang seawal jam 7 pagi, saya sedia membawa dia. Akhirnya setelah tawar menawar, saya setuju untuk mengambil dia jam 8 pagi di pejabat emaknya.

Didalam kereta pagi itu saya bertanya mengapa dia tidak mahu kesekolah. Dia menjawab yang hari itu kelasnya akan mengadakan perlawanan futsal dan oleh sebab-sebab yang sangat diketahui, dia yakin yang tiada rakan sekelasnya akan memilih dia untuk pasukan mereka.

Saya katakan mengapa tidak dia menjadi penjaga gol. Dia tidak perlu bergerak dan jika dia baring sahaja, akan tertutuplah pintu gol. "pak longggg ni!" kata dia.

Dibawah adalah petikan perbualan kami sepanjang berduaan.

Ipi : bila pak long tahu pok long ada bakat melukis?

Saya : masa tu pak long dalam perut tok. satu hari, masuk satu berus lukisan dalam perut tok. rupanya tok tertelan berus lukisan. pak long pon ambik. tiba-tiba pak long rasa pak long ni rupanya memang terror melukis.masa tok beranakkan pak long, keluar sekali dengabn berus lukisan tu. jadi pak long ni kembar berus lukisan. jadi mesti la terror melukis.

Ipi : orang kembar ular, pak long kembar berus lukisan.hihi..pak long jual lukisan pak long berapa?

Saya : biasanya pak long jual dalam 3 juta sekeping. tapi kalau orang tu miskin, pak long jual mahal sikit, 18 juta.

Ipi : kenapa?

Saya : pak long kesian orang miskin. pada dia beli lukisan pak long, baik dia beli baju anak dia.

Ipi : baiknya pak long.

Saya : memang la.

Ipi : masa pak long duduk luar negeri dulu, pak long duduk dengan sapa?

Saya : dengan mak angkat pak long.

Ipi : nama dia sapa?

Saya : elisebeth.

Ipi : dia ada anak?

Saya : ada, charles.

Ipi : kecik ke besar?

Saya : tua pada pak long tapi charles ada anak kecik, will dan henry.

Ipi : dah tu pak long makan khinzir la masa duduk sana?

Saya : ho la, kadang goreng, kadang panggang. tapi pak long paling suka khinzir mentah. makan gitu je.

Ipi : ya allah, kenapa la Ipi dapat pak long macam ni...




ps: Pn.Ainon, terbitkanlah kumpulan tulisan blog ini jika 'ada brani' kerana untuk menulis buku entah bila bolehnya saya ini.

Saturday, October 04, 2008

kedai songkok haji gundal

Mulanya saya ingin menulis tentang betapa rancangan menerapkan nilai-nilai islam yang sekian lama di usahakan oleh kerajaan akhirnya semakin menampakkan kejayaannya. Dari penubuhan bank-bank yang menjalankan sistem perbankan islam kepada penubuhan beberapa universiti yang menjadikan islam sebagai sebahagian namanya.

Akhirnya-akhir ini pula kita dapati bagaimana masyarakat marhain mula menggunakan perkataan-perkataan yang agak islamik dalam perbualan seharian dan yang paling babinya adalah apabila skop sedekah makin diperluaskan maksudnya.

Kita sebenarnya tidak mahu peduli apa dosa yang mereka lalukan selagi ianya tidak melibatkan kita. Dosa dia dengan tuhan biar dia yang selesaikan dan kita berdoa hendaknya janganlah kita di duga begitu.

Namun apabila dosa yang sebegitu dihebohkan dan kita sering-sering ditanya oleh anak-anak kecil maksudnya, kita menjadi sangat jengkel.Tambahn pula apabila dengan bodohnya mengaku dilemahkan iman oleh orang lain.

Dosa yang dilakukan dengan sembunyi adalah lebih baik dari dosa yang dilakukan terangan dan dihebahkan. Tak payah tanya Dr. Asri atau Ustaz Zaharuddin,mamak malbari nasi kandar pun tahu.Kalau tanya saya, lagilah saya tahu sebab saya pandai. Dan jika kamu ingin saya memberi ceramah di radio atau televisyen, sila hubungi syarikat saya, KAYA MELALUI AGAMA SDN.BHD.

Namun kerana kita masih dibulan yang mulia dan masih dalam suasana bergembira, maka tidaklah jadi saya menulis tentang itu semua.

kemudian terbaca tentang aturcara rumah terbuka menteri perdana diakhbar dan datang keinginan untuk menulis betapa jemputan dibahagi kepada dua kelompok. Kelompok pertama ialah untuk dif-dif terhormat dan kenamaan. Kemudian dari itu baru dibenarkan orang kebanyakkan.

Ini mana punya hadhari da? Islam tidak benarkan kita bezakan kaya dan miskin dalam majlis kenduri kendara.Bukan mamak malbari nasi kandar saja yang tahu,cucu dia yang cacat akal pun tahu.

Patut la bergaduh sesama sendiri dan kalah pilihanraya, bodoh macam kote.

Namun sekali lagi saya terpaksa menghalang diri dari bercakap kotor bila mengenangkan kita masih berada di bulan yang mulia dan masih bergembira dalam suasana hari raya.

Jadi untuk tulisan kali ini, saya khaskan kepada kawan-kawan yang membaca secara senyap,yakni tidak pernah meletakkan apa-apa komen disini. Kepada mereka saya ucapkan terima kasih dan selamat hari raya.

Kepada kawan kepada Abid Kamal di Putrajaya yang katanya rajin membaca tulisan saya,(saya lupa nama beliau) saya ucapkan terima kasih dan pesan saya kepada beliau adalah, apa-apa yang dikatakan oleh Abid Kamal tentang saya adalah tidak benar.

Kepada Abid Kamal sendiri pesan saya adalah, biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. hahaha.