Wednesday, April 22, 2009

Gadis Pintar * Gadis Baru

Oleh:Razaisyam
http://www.iamstradust.blogspot.com/

Gadis pintar yang pernah aku kenali. Cukup bijak pada autonomi manusia. Aku kagum dengannya kerana memiliki otak yang cukup saintifik dengan pelbagai rumusan kulkulus dan fakta kedoktoran yang dia punya.

Setiap kali tutur kata tentang bidang kesihatan yang diucapkan kepadaku, cukup menarik.

Dia tampak mengoda bila bercerita.

Menjadi nilai tambah yang ada padanya adalah cita rasa tentang seni. Darilah coretan pada kanvas, penulisan, muzik dan filem. Dia cukup genius.

Darjeeling limited.

Smashing Pumpkins.

Feist.

Aclockworkorange.

Khottal.

*

Kata-katamu juga hebat!. Aku turut membaca tulisanmu dalam buku. Semuanya pasal aku. Cukup lurus dan tepat mengena diriku – oh sangat manis.

Cuma salsa aku tidak suka pada mu sayang.

*
Kemudian satu katastrofi datang.

Kita berjaya rentangi.

Datang lagi.

Kita berjaya lagi.

Datang.

Berjaya.

Datang dan berjaya.

Kali ke lima katastrofi itu datang pada hujung bulan Februari. Walaupun angin monsun barat daya bukan masanya lagi.

Kita gagal.

Aku mahu kembali. Lalu aku merayu beberapa kali.

Susah tanpamu sayang. Siapa yang mahu menjadi cikgu Bahasa Inggerisku?. Siapa yang mahu menjadi pengkritik bijak karyaku?. Siapa yang mahu membelikan aku segelas mc flurry oreo?. Siapa yang mahu yahoo messenger berjuta kali disconnected dengan aku lagi?. Siapa mahu sampulkan segala port folio aku?.

Dan kau tetap pergi.

Tapi aku tetap kata:

Jangan sayang. Tolong jangan.

*

Bila mana kau pulang dari satu percutian untuk melegakan fikiran. Aku ingat ia satu khabar gembira buat aku.

Kita hanya bergelora tidak sampai lagi sebulan.

Kau kata hati kau sudah diambil lain. Malah lagi hancur bila kau pergi ke sana bersama dengan kekasih baru. Bila masa kau bermesra dengan lelaki itu?. Kita masih baru dalam ributan . Cepatnya masa itu. Atau kau jalang dibelakangku?.

Pecah hati seperti asid yang melebih had dalam limpa aku ketika kita keluar bersama dulu.

Aku sukar untuk bernafas.

Kemudian aku segera lari.

Lari dari sini ke satu tempat yang boleh memberikan aku satu hiburan. Aku tidak berhibur juga walaupun penuh dengan material yang mampu memberikan hiburan buat hati luka ini.

Hanya perhatikan manusia. Dan berjumpa dengan pelbagai ragam yang membawa hati luka ke sana. Sebenarnya - kalau kau mahu tahu, disana seribu juta manusia luka sedang berkeliaran. Aku salah seorang dari seribu juta itu.

Aku berkongsi rasa kecewa pada ramai manusia disana.

Sedar.

Selama ini aku tidak pernah berikan terbaik buatmu. Aku tidak pula tunjukkan rasa sayang dari sudut material.

Memang aku tidak pernah belikan apa-apa. Tidak pernah memberikan layan seperti permaisuri untukmu.

Tapi.

Jika aku tidak tunjukkan sekalipun. Aku tetap setia walau kita jauh. Itu hadiah yang terbesar yang aku pernah berikan kepada mana-mana perempuan.

Tak apalah. Semua sudah berakhir. Kau sudah berpunya yang baru dan bahagia. Aku tidak pula mahu cemburu. Tapi aku seronok bila dengar cerita bahagiamu. Setidaknya aku tahu kau tidak terseksa lagi.

*
Saat aku hilang pedoman dan kewarasan diri.

Datang pula seorang yang tidak pernah sama dengan aku. Jika kau pintar, dia adalah naïf. Tapi dia memiliki sifat bijak pada levelnya yang tersendiri. Perempuan yang baru aku kenali, pintar dengan emosinya.

Baru aku sedar. Aku dan gadis pintar masing-masing bijak. Cuma memiliki emosi yang bodoh.

Gadis baru banyak mengajar aku untuk menyelesaikan resolusi tanpa wujud perasaan emosi.

Kau pun tahu bukan aku selalu mencarut bila membawa kereta di jalan yang sesak. Dan kau biarkan aku terus marah-marah.

Tak sama dengan gadis baru, dia tahu bagaimana untuk mengawal kemarahan aku. Kerana itulah juga aku patah padanya.

Dan terima kasih kepada gadis pintar yang telah mengajar aku bagaimana rasa kecewa bila dihancurkan.

*
Bila seorang pernah kecewa, dia tahu bagaimana untuk menjadi semakin setia dan menghargai apa yang dimiliki.

*
Aku mula belajar bagaimana untuk melayan gadis baru. Hasil daripada pengalaman bersama gadis pintar.

Dia adalah puteri aku, bukan lagi teman diskusi semata-mata seperti aku dan gadis pintar.

*
Gadis baru manis dalam senyumnya. Tenang wajahnya dalam apa jua situasi.

Aku mula jatuh cinta lagi!.

16 comments:

Shaira Amira said...

Tanpa disangkal lagi, ini adalah hasil tulisan Razaisyam yang paling comel.

ubilepih said...

selamat meraikan cinta baru,,,ha,,ha

usain bolt said...

aku semakin mendekati horny..tapi tidak tiba ke destinasi..

Anonymous said...

pehh.azman hussien jugak gempak.
mana dia sekarang eh? lama tak menulis.dulu ada bg CANDU kat aku.lepas tu......tut tut tut.

Keylee Daud said...

hehehe..cinta saja ke ely kekeke..

dahulu-aku-juga-gadis-baru said...

sebetulnya, pada hemat aku, ini cuma cinta tangkap muat saja. kamu pun nampak yg gadis baru tak sepandai gadis lama, sedangkan aku tahu, kamu sangat sangat sangat menghargai gadis yg sentiasa boleh di-challenge inteleknya. why do have to settle for less???

kamu sunyi, dan dalam sunyi kamu itu tiba2 ada satu hamba tuhan yg agak2 cantik dan boleh 'in' dgn kamu. tapi dari gaya tulisan kamu ni, it is as if you NEED a justification for falling in love with her, and you did just that by comparing her to the ex. as if gadis baru tu lagi bagus dr gadis lama. eff la wei...

sedangkan kalau kamu betul betul cinta, kamu takkan berfikir panjang lagi. tak perlu buat entry blog panjang berjela semata-mata utk berdebat dengan hati sendiri. ini, mcm kamu cuba menyakinkan hati yg sesungguhnya gadis baru itu yg satu-satunya, gadis baru itu lebih baik dr gadis lama, etc. sekali lagi, eff- la wei...

bad bad bad. selagi mana kamu tak mampu utk berhenti membandingkan mana-mana pun wanita kepada gadis lama, nasihat aku, janganlah menggedik nak ber awek baru. trust me, whatever the circumstances is, in the end she is the one walking out or being left with a broken heart.

and to you sir, please dont settle for less. kalau kamu suka yg pandai, pilih yg pandai. emosi tu perlu, tapi takkanlah lepas sepuluh tahun kawin pun asyik nak berdiskusi ttg hati dan perasaan lagi, ye dak?

*aku rasa mcm agak emo.... err... entry ni sebenarnya fiction ke kisah benar weh?*

elisha kiutbeb said...

yuuhuu, dahulu-aku-juga-gadis-baru,

didn't you read his entri earlier. he's a self-confessed loser.

dahulu-aku-juga-gadis-baru said...

ye ke... never read his earlier entri anyway... baru skali jumpa ni...

cesss...
and i spent whole 20 minutes agonising about him...

hampeh toi

elisha kiutbeb said...

you're welcome.

Hanimomo said...

i don't know why, i think this is very honest confession, subtly told, that is.

cik AJ, sabar nanti saya email ya.

norzailina said...

AJ, thanks for sharing.
Razaisyam, I felt it...

.::aDa::. said...

hmm..menarik. if this story is real, then appreciate ur sweet gadis baru =)

pencinta sastera pelbagai bangsa said...

comel sungguh tulisan anda kali ini... ;))

tapi, saya lebih gemar gadis pintar. ya, dan seksi dari segi kelakuannya. hahaha

adakah pengalaman mengubah citarasa anda?

Anonymous said...

oh ely.. ely...

Pegawai Khalwat said...

Autonomi atau anatomi?

Anonymous said...

Aku suka tulisan ini.
Membuatkan aku fantasi jauh dari hakikat. Seolah-olah menyatakan pengalaman tipu yang sebenar untuk aku. Dan aku masih terperangkap antara sedar.