Monday, April 06, 2009

kubang buaya dalam

Hari itu kami,Pa,Iji,Kodik,Seli,Mezoh dan saya,amat bosan. Tidak ada aktiviti. Mahu menebang kelapa Cikgu Konet bimbang ditembak lagi seperti minggu lalu.Lalu kami duduk berbual-bual di hadapan kedai runcit cina Joe.Cina Joe meninggal dunia dilanggar-lari beberapa tahun kemudian. Mayatnya hancur. Kami amat sedih.

Sambil berbual,tangan Pa mengusap sebiji kentang. Iji,adik Pa mengenyit mata kepada abangnya.Mereka amat rapat. Amat malang jika ada diantara kami yang bermain terup dengan dua beradik ini. Mereka kuat berpakat.

Seperti ada kuasa psikik,Pa faham maksud adiknya itu. Perlahan-lahan kentang berpindah tangan sebiji demi sebiji.

Kemudian mata Iji berpindah ke peti ais-krim. Pa faham.

Petang itu kami kenduri kentang rebus dan dicuci mulut dengan ais-krim. Hmmmm...patut-lah perut saya amat buncit sekarang ini.

Pa kini keluar masuk pusat serenti. Iji ada di Kuantan tapi setelah setahun disini saya masih belum berpeluang berjumpa beliau. Mezoh meninggal dunia akibat diracun angin. Bukan, bukan kena tuju-tuju tetapi tercium terlalu banyak racun rumpai ketika meracun ladang. Berhati-hatilah jika meracun ladang. Tutup mulut.Seli bertugas sebagai angota tentera udara. Lebih 30 tahun rasanya tidak bertemu dia.Kodik taukeh tong ikan. Dia menukar nama menjadi Ali Botak. Dia tidak botak dan dari mana datangnya ali itu tidak lah saya ketahui. Terakhir,yakni tahun lepas,saya mendengar dari Mok, dia terkena serangan jantung. Entah apa khabar dia sekarang.

ps: jika kami di pantai timur,selatan dan sabah dan serawak. sila beli the star esok. agaknya rajawali akan difokuskan.agaknya.dan untuk semasa,perlukan saya menukar nama kepada JIBJONES?

13 comments:

ubilepih said...

mengimbau masa semalam lagi bro?!!!..set2 sya masa remaja kat beseroh pun banyok doh takde...

benludin said...

ramai org suka aiskrim koneto

Pa'chik said...

jibjones... sharibuu jones buleh??

zizie ali said...

kalau kau jibjones. akan ada pula watak 'jib yang satu lagi'. tak tahulah watak tu watak bulat ke watak pipih.

benludin said...

aku dah tgk the star hari ni...deme bergaya dgn topi ala-ala indian jones..tapi elok letak nama indianajibjones..hehe

ubilepih said...

Jongosjones bole?!!!

Aku said...

jonestuya ok kott... keekekeeke

jawa peranakan said...

JON BON JOVI lebih sastera bunyinya..

MJ said...

DVD Syd Barrett!!! :D

blackpurple @ jowopinter said...

Saya syak Mezoh menggunakan Paraquat yang dah diharamkan penggunaannya di Malaysia.

bokbon said...

makan kentang rebus sama aiskrim, apa rasanya ye?

Anonymous said...

saya sudah beli star..
;)

Unknown said...

jangan guna jibjones. rosjones, rosejones atau mahjones lebih beraura ha ha ha ha