Friday, May 08, 2009

meet uncle mat jelas

oleh: uncle benludin
http://myparadiso.blogspot.com/

Aku ingin bercerita akan kisah kawan aku yang bernama Ahmad bin Jelas yang berasal dari negeri Denmark Darul Naim.Nama ringkas beliau ialah Mat Jelas. Ya...memang jelas yang amat bila beliau bercakap dalam bahasa melayu kerana sesiapa pun akan dapat meneka dengan tepat dari mana asalnya Mat Jelas ni. Beliau juga adalah rakan sekelas aku ketika sama-sama belajar di perantauan dahulu(dah berabad pun).

Beliau memang peminat bahasa inggeris. Peminat bahasa sepertinya amat meminati novel-novel karya Stephen King atau Michael Crichton dan lain-lain yang mana aku memang tak tahu (sebab aku bukan peminat novel!). Tak lupa juga, beliau merupakan pembaca tegar suratkhabar tempatan ketika itu, Daily Sport. Bukan kerana beliau peminat sukan, tetapi beliau amat meminati Page 3 Girl yang dipaparkan dimukasurat tiga akbar tersebut. Atas dorongan Page 3 Girl itu juga beliau mula meminati aksi-aksi didalam dunia permodelan dan mula melanggan majalah Pleiboi melalui sebuah kedai Pakistan yang terletak berhampiran dengan kolej kami. Setiap helai majalah tersebut dibacanya dengan penuh teliti dan tawaduk. Aku pernah bertanya kepada beliau kenapa beliau rajin sangat membaca majalah sebegitu. Katanya beliau amat tertarik dengan lenggok bahasa erotik. Tidak membosankan. Majalah itu jugalah memotivasikan dirinya untuk lebih mendalami bahasa inggeris.

Ketika beliau berkomunikasi dengan pensyarah ataupun orang tempatan, beliau cuba sedaya upaya menggunakan Scottish accent nya walaupun kadangkala ia berbau budu. Aku terpegun dengan semangat jitunya itu. Dasyat bahasa inggeris Mat Jelas ni, fikir aku.

Pernah suatu ketika aku mengikuti beliau atas urusan hariannya. Termasuk ketika beliau ingin membeli barangan dapur dan urusan perbankannya.

Lokasi satu - kedai runcit Pakcik John:
-ketika ini Mat Jelas pergi ke kedai dengan hajat ingin membeli mee kuning.

Pakcik John : can i help you sir..
Mat Jelas: yes please. i'm looking for mee..
Pakcik John: mee?
Mat Jelas: yeah..mee. You don't know mee??
Pakcik John: huh? I don't know you..!
Mat Jelas: benludin...jom balik. Sombong la mat salleh ni.

Lokasi dua - Bank:
-peristiwa ketika Mat Jelas ingin mengeluarkan duitnya di kaunter bank.

Mat Jelas: excuse me miss..i would like to withdraw some money from my account..
Kerani(awek cun) : okay...please fill in the form first..sir
Mat Jelas: okay..done..(beliau nak keluar duit 200 pounds sterling)
Kerani: errmm....how do you like your money sir??
Mat Jelas: of course..i like my money very much!
Kerani: ohh i see..here is your money sir. Cheerio! (sambil menghulurkan 20 helai duit 10 pounds dan tersengeh)

* tak berapa jelas rupanya Mat Jelas ni bila berkomunikasi di dalam bahasa inggeris. Mungkin beliau terlalu mengutamakan bacaan dari perbualan? Tak kisah lah,itu dulu,kisah lama. Sekarang beliau masih peminat setia bahasa inggeris,dan beliau adalah pendokong kuat ppsmi serta aktif sebagai ajk surau kampung lalat.


ps: sila lawati blog www.silangbunga.blogspot.com untuk membaca cerita kawan rapat saya,abu yusof.walau pun handal serba-serbi,saya terpaksa akui yang beliau seorang pelukis dan juga penulis yang lebih baik dari saya-abdullahjones-

8 comments:

reverie said...

Bahasa Erotik tu bukan Inggeris. Tapi bahasa buat Mat Jelas jadi keras ja. ha ha.

Mak Su said...

susah juga nak bertutur dalam bahasa inggeris dengan fasih ni... masa saya budak-budak, kita kata sesiapa cakap dalam bahasa inggeris patut dipulaukan, bahasa mencarut tuuuu

tapi sekarang, saya juga, memahirkan kebolehan bahasa inggeris saya supaya lebih manthooppp

Anonymous said...

munkin kerana majalah pleiboi tak ajar yg mee tu noodle, so kita tahu lah pedia perkataan perkataan bahasa inggeris yg mat jelas tahu. tolong beritahu dia pussy itu kucing.

anony said...

..dan cock ialah ayam jantan. cockadodooo.

the artist and i said...

ok. ini agak lawak.

BudAk hijAu said...

Bahasa Erotik??ngeeee~

benludin said...

hehe..

tq gang...n tq juga kat tuan dolah topi yg menyiarkan entri aku..

cia said...

kawan hang tu tahu tak bahasa arab ...bahasa al Quran lagi feel maaa..