Friday, January 30, 2009

kubang ikan

Jika kamu rasa tulisan kamu bagus (macam tulisan saya) dan mahu ianya disiarkan disini, hantar kepada saya. Dibawah ini saya siarkan tulisan Drirwan yang saya petik dari blog beliau. Link ke blog beliau ada dalam senarai sebelah kanan sana.

Rabu, 28 Januari 2009
2006.7 Pengetahuan Am

Aku ialah salah seorang pensyarah yang dikehendaki mengajarkan isu-isu semasa kepada pelajar Jabatanku. Maka aku sangat kecewa pada minggu lepas apabila menemu duga pelajar yang mahu dihantar ke Korea untuk program pertukaran pelajar kerana aku dapati pengetahuan am pelajar amatlah sedikit.

Dalam konteks temu duga yang tersebut, pengetahuan am yang ditanya berkisar sekitar negara Malaysia dan UM, serta sedikit tentang negara Korea.

Lupakan tentang Korea.

Merujuk kepada pengetahuan am pelajar (Tahun 3), amatlah tidak munasabah kedangkalannya.

Ada pelajar yang tidak dapat menyebutkan nama Perdana Menteri Malaysia, apa lagi Meneri Pendidikan Tinggi! Ramai yang tidak tahu siapa Menteri Besar (atau Ketua Menteri) negeri asalnya. Ada yang tak boleh sebutkan walau satu pun nama Menteri Besar (atau Ketua Menteri) di Malaysia.

Ada yang kata, penduduk Malaysia masa kini ialah 200,000. Apabila diberitahu penduduk KL sahaja sudah 4 juta, mereka terperanjat!

Tanya siapa Naib Canselor UM, pun tak tahu. Nama Dekan Fakultinya sendiri pun tak tahu. Jangan kata nak tanya Timbalan NC atau Timbalan Dekan!

Apabila budak-budak universiti tak tahu semua hal ini, siapakah yang salah, mereka sendiri (kerana tak mahu ambil tahu hal sekeliling) atau personaliti-personaliti yang berkenaan (kerana gagal menonjolkan diri masing-masing)?

Dalam kekecewaan aku semasa temu duga itu, ada juga jawapan yang aku anggap menyeronokkan:

Kenapa orang bukan Melayu tak boleh jadi PM Malaysia? Boleh, untuk 22 tahun, PM Malaysia adalah dari kaum India!

Siapa yang mentadbir Malaysia? Datin Seri Rosmah!

Hahaha...

Friday, January 23, 2009

hutan setali

Kerana masih bergenjat maka saya ulang siar tulisan lama ini. Agak panjang kerana saya menyiarkan empat tulisan sekaligus.

Friday, December 02, 2005
sayang

' bang, Jah ingat nak buat kenduri kesyukuran sikit la ujung minggu ni '. kata Kak Jah pada Abang Man semasa siaran iklan takala mereka menonton rancangan kegemaran mereka, al-Kuliyyah. Perbincangan al-Kuliyyah hari ini bertajuk ' Betapa Pentingnya Sumbangan Besar Proton Wira Terbaru Didalam Pembebasan Masjid al-Aqsa '. Bersemangat sungguh ustad janggut oren memberi hujah membenarkan tajuk itu tadi.

' kenduri kesyukuran? anak kita yang mana lulus perisa? ' tanya Abang Man. Ada rasa terkilan di hatinya kerana tidak di beritahu tentang kejayaan anaknya di peperiksaan.

' ishh abang ni, abang ingat kene nanti anak lulus periksa je baru boleh buat kenduri? Kita ni orang Islam bang, mesti sentiasa bersyukur. Banyak nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. ' Kata Kak Jah. Abang Man terharu. Memang tepat pilihannya dulu walau di tentang hebat oleh ibunya sendiri. Inilah dia isteri mithali, katanya di dalam hati.

' Habis tu nikmat yang mana kita nak bersyukur hujung minggu ni? ' tanya Abang Man.

' alah, kan kad kredit abang yang baru dah di luluskan, lagi pun kan Kak Cik dah ada boifren, kene la kita buat majlis sikit, bersyukur. ' jawab Kak Jah.

' boifren? sapa? ' tanya Abang Man sedikit terkejut dalam gembira.

' tu yang datang hari raya dulu tu, ' terang Kak Jah.

' yang bawak kereta makan tanah tu? ' tanya Abang Man minta kepastian.

' bukan makan tanah la bang, lo-werd la, looo-werd. ada ke makan tanah, apa la abang ni ' jawab Kak Jah. Tersenyum-senyum dia melihatkan kebodohan suaminya itu. ' makan tanah, ishh, hubby aku ni, jahil merokap ' katanya di dalam hati. Geli hati benar dia.



Demikian tadi FAJAR DI BUMI PERMATA (suara Nuri Angkasa) ...eh silap. Demikian tadi gema Jumaat untuk kali ini. Majlis menjemput kumpulan KEMPUNAN* untuk menyampaikan senamrobik.


* Kumpulan Para Datin Yang Suami Mereka Kalah Pilihanraya (kecil atau umum).

Friday, December 09, 2005
kasih

-bunyi talipon bimbit dengan nada dering lagu Rabbani-

Kak Jah: Assalamualaikom, Kak Jah bercakap, siapa disana tu?
Kak Cik: Mak, orang ni.
Kak Jah: Tau, mak saja je gurau,hehehe... (Kak Jah memang begitu, suka bergurau)
Kak Cik: Mak, orang tak balik malam ni.
Kak Jah: Kenapa?
Kak Cik: Ada JPJ buat road-block, kawan orang takut nak hantar. Kereta dia cermin gelap.
Kak Jah: Habis tu kamu nak tidur dimana?
Kak Cik: Bilik kawan orang la.
Kak Jah: ishhh kamu ni. Kamu mana ada bawak berus gigi. Malu kat orang gigi tak gosok.
Kak Cik: alaa mak ni, nanti orang beli la. Orang memang nak pi seven-e pun, nak beli barang sikit.
Kak Jah: ia la, ia la, duduk elok-elok rumah orang tu. Esok pagi jangan tak suboh pulak.
Kak Cik: Orang tau la. Ok mak, esok petang orang balik.
Kak Jah: Ok, assalamualaikom.
Kak Cik: (yahoo!)

Friday, December 16, 2005
lagi

i

seperti yang di jangka, Kak Cik mengandung tanpa nikah.

Kak Jah di tikar sembahyang dan memakai telekung yang di beli di Indonesia. Dia baru sudah sembahyang Maghrib (yang semalam tertinggal sebab sibuk ke pasar malam)

Kak Jah: Mengapa ya Allah? Mengapa Engkau uji hambaMu ini dengan begitu berat ya Allah? Tidak tertanggung rasanya ya Allah akan ujian ini. Mengapa Ya Allah, mengapa Engkau izinkan Kak Cik mengandung? Mengapa ya Allah.

Kak Jah bangun sambil mengesat air mata dan air hidung menuju ruang depan. Kelihatan Abang Man dan Kak Cik sedang asyik menonton tv siri Kisah Benar.

Kak Jah membuka telekung, dan teresak-esak.

Kak Jah: Kenapa Kak Cik? Kenapa buat macamni? Kak Cik tak sedih ke tengok mak sedih?
kenapa Kak Cik? Kenapa? Kenapa Kak Cik? Kenapa? (sambil mengoyang-goyangkan tubuh Kak Cik)

Kak Jah: Kenapa Kak Cik? Kenapa? Kenapa Kak Cik? Kenapa Kak Cik tak suruh dia pakai kondom? Kenapa Kak Cik?

ii.

Kak Cik : Memang selalu dia pakai pun, tapi ada sekali tu, bocor. Kak Cik dah suruh dia berenti, tapi dia tanak. Kak Cik biarkan aje la. Kak Cik takut dia marah. Kak Cik sayang dia.

iii.

Kak Jah: Kenapa Kak Cik? Kenapa? kenapa Kak Cik? Kenapa? (memegang kedua-dua bahu Kak Cik dan mengoyang-goyangkannya)

Kak Jah: Kenapa Kak Cik? kenapa? Kenapa Kak Cik? kenapa? Kenapa Kak Cik? Kenapa kak Cik tak suruh dia pakai kondom mahal? Kenapa Kak Cik? Kenapa?

Abang Man bangun perlahan-lahan sambil mendengus lalu keluar dari rumah. Dia memang begitu, tidak suka rumahnya bising-bising. Dia orang seni, sukakan kedamaian.

Kesian benar saya melihatkan Kak Jah, menangis dia tak henti-henti. Menarik-narik rambut dan memukul dadanya sendiri. Sedih benar saya melihat Kak Jah. Saya yang menulis kisah ini pun hampir menangis.


Demikian tadi gema Jumaat untuk minggu ini. disebabkan minggu ini kita semua sedih dengan malang yang menimpa Kak Jah, maka majlis tidak menjemput sebarang selebriti. Mari lah kita sama-sama membaca al-Fatihah buat di hadiahkan kepada ibu-bapa, anak-anak,adik-beradik,saudara-mara, jiran tetangga dan seluruh umat Islam yang telah meninggal dunia. al-Fatihah.

Friday, December 23, 2005
malang

Kak Jah duduk di almari solek. Dari jauh kedengaran suara dari radio..,'kau kunciiiiii (lip.lap.lip.lap) cintakuuuuu (lip.lap.lip.lap.) didalammm hatimuuuu..'(lip.lap.lip.lap) .Dia mencalit sedikit gincu kebibirnya. Sedikit bedak ke pipinya. 'Untuk suami' katanya didalam hati.

Kak Jah bingkas bangun sesudah bersolek dan keluar dari bilik. Di ruang tengah Kak Cik sedang menunggu. 'Lama sangat la mak ni bersolek, letih orang tunggu'. Kak Jah cuma diam. Dia tahu Kak Cik masih belum faham bagaimana untuk mengembirakan suami.

Mereka berjalan keluar dari rumah.

Jiran : Eh! Kak Jah, nak kemana lawa-lawa nih?
Kak Jah: Nak pi Balai Polis sat.
Jiran : Balai? Nak buat apa? ic hilang ke?
Kak Jah: Dak. (sambil berjalan merapati jiran dan berbisik kepada Jiran) Kak Cik kena rogol. Dah empat bulan mengandung.
Jiran : (terkejut) Hah! Sapa buat?
Kak Jah : Kamu ingat budak yang bawak kereta kuning yang selalu datang ambil Kak Cik tu? Dia la. Tak sangka ye, baik je muka dia.
Jiran : a ah.
Kak Jah: Kamu jangan bising-bising, malu Kak Jah.
Jiran : a ah. ( tidak semena-mena muka Makcik Gemok hujung jalan melintas di fikirannya).

Jiran : Habis tu Kak Jah tak pi la undi kutu tengahari nanti?
Kak Jah : Tengok la, kalau sempat Kak Jah datang la, kalau tak sempat kamu tolong la cabut undi Kak Jah.
Jiran: ok.

Kak Jah dan Kak Cik meneruskan perjalanan.

tamat.

Drama itu tadi di bintangi oleh:

Asmahani Husain sabagai Kak Jah
Kiera Knightley sebagai Kak Cik
Azizah Mahzan sebagai Jiran
Musthapa Kamal sebagai Abang Man
Afdlin Shauki (tanpa solekan) sebagai Makcik Gemok

Thursday, January 15, 2009

tanjong lumpor

Saya ikut Pyan Habib, gencatan memblog.
.
.
.
.
Saya ingkari gencatan ini sekadar untuk menyatakan kesedihan atas perilaku cemar keatas rumah tuhan saya. Saya teramat sedih.Saya harap mereka yang melakukannya,jika muslim,segera meminta ampun kerana tuhan saya amat berat hukumannya.

Yang patut di-babi-kan adalah politik. Bukan rumah tuhan saya.

Friday, January 09, 2009

jabor

Jika kamu berusia 23 tahun dan keatas dan di takdirkan memiliki kereta buatan Malaya, yang jika di perhatikan betul-betul,seakan-akan muka beruk,(bahkan jika kamu dalam lingkungan usia tersebut dan memiliki sebarang kereta) maka tidak perlulah kamu meletak pelbagai pelekat yang menyatakan kamu ini milik kelab kereta itu-ini.

Kamu juga tidak perlu menukar warna lampu tingi dan rendah kepada warna yang menyilaukan mereka yang datang dari hadapan.Juga, jangan menukar warna lampu isyarat belok dari jingga kepada putih atau menghitamkan terus warna merah pada mana-mana lampu. Jangan melekatkan pita hitam pada mana-mana bahagian cermin kereta kamu itu.

Patung-patung kapas yang comel juga kotak kertas tisu berwarna-warni juga wajip kamu hindari dan apa juga warna lampu dasar kereta samada biru,samar atau pun kelabu janganlah kamu jadikan hiasan.

Kerana, walaupun kamu berkemeja sendat di pinggang dengan rambut terpacak berminyak. Walau kaca-mata penghadang cahaya matahari kamu berbingkai putih dan sepatu kulit berkilat memancar. Hatta jika jam tangang kamu sebesar penumbuk sekalipun dan kereta kamu di lengkapi sistem bunyi yang paling canggih yang pernah di lihat manusia, kamu akan tetap tidak akan sebergaya saya dan yang paling penting adalah kamu tidak akan dapat menyembunyikan hakikat betapa bodohnya kamu.

Oh! Kebodohan kamu akan lebih terserlah jika kamu calitkan mana-mana bahagian kereta kamu dengan tiga warna.

Terlanjur bercakap mengenai kereta, 'AWAS KAWASAN KEMALANGAN' adalah kata pada papantanda yang tidak sepatutnya ujud. Jika di ketahui jalan berkenaan bahaya, perbetulkan. Jangan tunggu anak menteri mati di kawasan berkenaan baru mahu di perbaiki kerana anak-anak kami juga ada perasaan.

Saturday, January 03, 2009

semambu

Bila saja Islam atau umatnya diperbudak, kamu akan segera hantar memo,berpiket,marah,berforum,bakar bendera,merancang untuk memboikot itu ini atau jika kamu dari Indonesia,kamu akan bersumpah untuk menghantar pejuang syahid segera ketanah malang itu. (Seribu kali bersumpah oleh sejuta umat Indonesia,namun belum pernah seorang pun yang kita dengar syahid dimana-mana) Namun setelah selesai segala tindakan yang pada zahirnya nampak amat berani,kamu pulang dan tidur selesa dirumah.

Lalu orang seperti saya akan mula menulis perihal tidak puashatinya saya tentang segala pembunuhan dan tindak jahat yang menimpa Islam. Selesai menulis, saya akan keluar minum bersama kawan-kawan,bergelak ketawa dan berpuas hati kerana saya nampak amat perihatin kepada umat dan agama saya.

Maka,layaklah kamu dan saya kekal duduk dalam murka MAHA KUASA.