Sunday, May 31, 2009

mat tapa man kuda

by:reverie malaya
http://reveriemalaya.blogspot.com/

Life is something that everyone should try at least once
-Henry J. Tillman-

Hearing this quotation from his English teacher, Puan Mariam, Man Kuda decided that he should not waste his life anymore.. He believes that he should start living his life to the fullest after this. Strive to achieve his dreams. Enjoy and enjoy and enjoy. Furthermore, life should be tried at least once, right?

Man Kuda goes back home with a new inspiration. A new target and aim to be achieved. He calls his friend, Mat Tapa.

“Hey, let’s go. I want to do this. I’m going to do this.” Says Man Kuda to Mat Tapa.

Mat Tapa gets excited to hear this. Thrills hit him and he begins to have the feelings that it’s going to be exciting. For a very long time he had wanted for his friend to get involved because Man Kuda has got skills and excellent techniques.

“Allright. I’m with you..” Mat Tapa replies while grinning at the end of the phone quietly.

* * *

There go the two friends. Pride fills the air where they are walking. Man Kuda in his white shirt and his brother’s jeans with a pair of Converse shoes.

Mat Tapa raises his hand with his thumb up to Man Kuda.Then the race starts.

Vroom! Vroom! Vroom!

Man Kuda goes as fast as he could with only one aim. To win the race and gain respects from his peers. “Life is something that everyone should try at least once.” Man Kuda repeats the quotation as he gets faster. He is winning and he is smiling. He sees only in front without realizing a car is also speeding from his right and before he knows it, Pang! Kecepey! Prang! Ek!

Man Kuda is on the ground. Breathless.

So, there goes his life and all I can say is that his life is a wasted life.

Tuesday, May 26, 2009

chendering

Dalam perjalanan kehutan tempoh hari,saya terdengar suara dari radio,rancangan berita barangkali,yang pihak polis bercadang untuk menukar nama gelaran mat rempit.

(sila baca dengan suara bergema)

Berita itu membawa ingatanku jauh ke suatu masa tak-kala ku masih kecil. Waktu itu telah kelihatan kelibat kehebatanku. Mok menjadi amat bimbang kerana didesa kelahiranku ketika itu tiada anak-anak yang lebih menonjol dariku. Segala tentangku adalah hebat. Dari bentuk parasrupa sehingga kepada moleknya perkerti dan budi bahasa.Disamping kekayaan keluarga kami yang lagenda itu.

Ditenggah-tengah keributan akhlak,aku menjadi udara nyaman yang membelai dan menghembus. Menjadi harapan sebuah kehidupan.

Lalu Mok bimbang. Takut jika aku diapa-apakan orang hasil dari kehebatan semulajadiku.Hasad dan dengki adalah makanan manusia.Dan seperti mana kebiasaan waktu itu,Mok mengambil keputusan untuk menukar namaku.Harapnya dengan penukaran nama,kehebatanku tidak akan sangat menonjol.Walaupun nyata tidak berjaya,namun sekurang-kurangnya Mok mencuba.

Begitu sekali kasih sayang seorang ibu. Demi keselamatan cintahatinya,dia sanggup lakukan apa sahaja,asalkan cintahatinya selamat sejahtera.Aku percaya kasih ibuku jauh melebihi kasih ibumu kepadamu.

Tidakku salah ibumu,apa sajalah yang dapat mereka banggakan denganmu. Huduh dan tidak berilmu. Miskin papa,akhlak dan rupa.

Hingga kehari ini, jika kau kedesa kelahiranku dan bertanya,'kenal kennedy?',mereka akan mula menceritakan perlihal luarbiasanya aku.Biasanya kamu perlu luangkan lebih kurang tiga hari untuk mendengar cerita mereka tanpa henti. Jika ada waktu,cuba-cubalah ke Kampung Kubang Buaya dan bertanya.


(tamat suara bergema)

Berbalik kita kepada kisah para sheriff dan mat rempit.

Pihak polis ingin gelaran mat rempit ditukar kepada samseng jalanan.Lalu terus ianya menjadi masalah kerana pihak polis tidak datang meminta cadangan kepada ahli bahasa,saya misalnya.

Kata samseng jalanan berbunyi sangat cool! Dan tentu kita tidak mahu sesuatu yang cool disabitkan dengan golongan remaja dungu ini.

Kita tidak mahu hanya kerana silap penjenamaan semula maka berduyun-duyun remaja berazam dan berikrar menganggotai kumpulan samseng jalanan.

Ini juga masalah besar Malaya. Semua pun berlagak pandai. YB yang semalam lulus ijazah pembuatan perabut,hari ini dilantik exco tumbuh-tumbuhan,esoknya adalah jurulatih pasukan bola tampar negara. Tidak tahu tanya orang pandai,saya misalnya,baru kemungkinan digelak orang berkurangan.

Maka dengan itu saya mensarankan gelaran mat rempit hari ini ditukar kepada para babi.

Nah! tentu kamu semua terkejut sambil sangat setuju dalam ketakjuban akan pandainya saya dalam bahasa.

Gelaran tersebut sangat lengkap. Sangat kena pada tempatnya dan saya amat yakin para bahasawan juga akan memuji-muji akan sasteranya gelaran yang saya cadangkan itu.



ps: hi! midon.hi! duan,i love you.

Wednesday, May 20, 2009

malam tidak berlampu

Oleh: Hanimomo.
http://hanimomo.tumblr.com

Kadangkala kita terlalu leka menidakkan kewujudan orang lain sampai kita melakukan banyak perkara atau mengeluarkan kata-kata yang memperbodohkan diri kita.

Dikalangan teman-teman, aku agak terkenal dengan beberapa attributes yang tak patut ada dalam diri seorang gadis muda.

Pembetulan, anak dara. Terpulanglah sejauh mana tahap kalian ingin percaya, aku sudah lali dengan pandangan penuh makna kalian, sudah cukup bosan juga dengan sindiran-sindiran bodoh itu.

Salah aku juga. Kalau aku betul-betul hidup seperti gadis Muslim sejati yang mempelihara setiap tutur kata dan perbuatan daripada mengundang fitnah dan dosa, aku tahu aku tak perlu dan tak akan berhadapan dengan perkara-perkara sebegitu.

Berbalik kepada attributes tadi, aku tahu pada pandangan mereka, aku seorang yang gila-gila, manja kalau bukan mengada-ngada, tutur kata penuh dengan ayat-ayat lucah dan caci maki serta agak bebas pergaulannya.

Sekali lagi, salah aku juga. Aku yang membenarkan mereka berfikir begitu. Paling tidak, aku memberi ruang kepada mereka untuk berfikir begitu tentang aku.

Cumanya aku agak terkilan bila mereka kata aku cukup berpura-pura di hadapan orang tua.

Kata mereka, aku tidak perlu berlakon untuk menunjukkan rasa hormat kepada orang tua, lakonanku merupakan sesuatu yang amat memualkan bagi mereka.

Reaksi pertama aku bila diberitahu sebegitu,

“What the funk?”

Seperkara yang membuat aku rasa terkilan adalah apabila teman-temanku ini menidakkan kepercayaan aku didalam agama dan Tuhan.

Kata mereka, orang macam aku ini langsung tidak wujud ciri-ciri orang yang mengamalkan suruhan Tuhan, mengingatiNya jauh sekali.

Jadinya apabila aku menyeru orang lain supaya sentiasa mengingati Tuhan ketika aku diwawancara di sebuah rancangan di TV beberapa bulan lalu, aku dijadikan bahan ketawa.

“Diri kau pun belum tentu Tuhan nak terima, ada hati nak nasihat orang lain,” kata mereka.

Reaksi pertama aku bila diberitahu begitu,

“Tak apalah, Kau bukannya tuhan pun.”

Bila mereka sering mengasak perkara-perkara sebegini kepadaku, aku selalu terfikir samada aku telah memberi mesej yang salah kepada mereka selama ini.

Aku tau, adakalanya kata-kata mereka berbaur gurauan, tetapi hati mana tidak sakit kalau asyik dijadikan bahan cercaan, bukan?

Mereka tidak sedar yang kata-kata mereka turut menonjolkan kebodohan mereka sendiri- (bagi aku lah).

Menyentuh tentang ‘lakonan” di hadapan orang tua.Sudah pastilah bila kita bersama dengan berlainan orang, akan berbezalah cara pergaulan dan interaksi sosialnya. Dengan rakan-rakan, aku bergaul dan bergurau sesuka hati tetapi aku bukanlah bodoh untuk bersikap sebegitu dengan orang yang lebih tua.

Lebih-lebih lagi bila aku telah dididik untuk mempunyai rasa hormat terhadap golongan yang lebih tua. Pastilah aku akan membataskan perbuatan dan kata-kata. Itu namanya adab.Dari rasa hormat itu akan datanglah perbuatan yang menzahirkannya. Fikir-fikir semula, walaupun kau sebaya atau lebih muda dari aku, aku akan tetap menghormati kau, walaupun cara aku menzahirkannya berbeza,

Takkanlah dengan kau yang aku berguling-guling ketawa, merapu bersama, tiba-tiba aku nak berlemah lembut dan manis tutur kata sentiasa?

Aku tak nafikan seeloknya aku bersikap begitu, tetapi bukankah ini akan mewujudkan kejanggalan antara kita? Sedarkan aku lain kali jikalau aku melanggar adab persahabatan dan menyinggung perasaan kau. Mampukah kau terima jika aku lakukan perkara yang sama?

Tentang Tuhan dan agama pula, sebenarnya aku malas nak menyentuh tentang perkara ini. Kalau aku bicarakan semuanya,kelihatannya seolah-olah aku menghakimi dan mengadili tindakan sendiri. Cukup bagi aku jika hanya Tuhan dan ahli keluargaku tahu terhadap pendirian, amalan dan kepercayaanku. Aku seadanya aku, dan kau tidak perlu tahu.

Aku rasa ianya tidak menjadi suatu kesalahan sekiranya aku mengajak manusia berbuat baik, walaupun aku jahat, sekurang-kurangnya aku tidak mahu orang lain turut serta jadi jahat macam aku. Sekurang-kurangnya aku sedar yang aku jahat dan kalau diizinkan Tuhan, aku cuba mengubah diri aku juga. Bolehkah kau mengakui benda yang sama?

Sedarkah kau?

Apapun, janganlah kau melakukan perbuatan yang memperbodohkan diri kau di hadapan aku. Kau juga yang akan malu walaupun aku berpura-pura tidak tahu.

(Oh celakanya, lampu bilik aku masih lagi tidak menyala dan aku masih keseorangan tanpa teman sebilik malam ini. Takut juga.

ps: sila ke www.uludongrangers.blogspot.com. kamu pasti terhibur membaca cerita Aki ke majlis pernikahan kaum asli-

2. kepada yang menghantar entri berbentuk gambar tempohari,minta hantar sekali lagi. email kamu saya tersilap padam.

Monday, May 18, 2009

padang garuda

Dulu, jika Ustazah Naimah sibuk,tugasan mengajar kelas al-quran jatuh kebahu Faridah dan Wok. Maka itulah waktu-waktu yang saya suka.Mereka tingal bersama Ustazah Naimah. Anak saudara ustazah barangkali.Mereka lebih tua sedikit dari saya. Satu tahun barangkali.

Faridah dan Wok sekolah arab. Mereka pandai mengaji.

Wok cantik. Putih dan sedikit galak.Wajahnya kemerah-merahan tak kala malu atau tersenyum. Saya suka.

Faridah lain. Dia melayu benar. Dengan muka bujur sirih. Dengan rambut yang kadang-kadang mengintai keluar dari tudung. Dia saling tidak tumpah bintang Rose Yatimah.Saya pun suka.

Mereka amat gembira jika Ustazah Naimah sibuk.Saya juga kerana jika mereka yang ajarkan,maka saya 'di-alih' panjang-panjang. Sehingga kadang-kadang jika kebetulan didengar ustazah,ditegurnya mereka. Mereka gelak-gelak nakal bila ditegur ustazah.

Ayah Chik,suami ustazah akan batuk-batu secara sengaja bila melihatkan Faridah dan Wok hampir melangkah garisan biang.

Entah dimana mereka sekarang.Kadang-kadang datang juga rindu kepada mereka,terutama kepada Ustazah Naimah.

Bila terkenangkan zaman itu,maka tahu-lah saya mengapa saya amat setuju untuk bernikah lebih dari satu.

Friday, May 15, 2009

tolak pisang

Jika disebut nama Michael Jackson hari ini,orang akan teringatkan perilaku pelik yang sering dikaitkan dengan beliau.

Begitu juga dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan yang walau kemudiannya dinafikan oleh mahkamah masih terus menjadi hantubayang yang sentiasa mengekori beliau.Bukan satu,bukan dua,bahkan bermacam tuduhan yang akhirnya 'terbukti'memihak kepada dirinya.

Para konspirator berkata ini adalah kerana mahkamah adalah 'milik' beliau,namun siapa-lah kita yang mahu menghina mahkamah hingga ketahap itu.

Genarasi hari ini mungkin mendapati payah untuk percaya yang suatu masa dahulu Michael Jackson adalah pencetus revolusi musik. Gandingan bersama Quincy Jones membawa kepada satu sejarah dalam industri musik dunia dan lagu-lagu dari album Triller masih diperdengarkan dibanyak tempat diseluruh dunia sehingga hari ini yakni selepas lebih duapuluh tahun album itu dikeluarkan. Malah ada kajian yang mendapati lagu Billie Jean dimainkan setiap 30minit diseluruh dunia. (uhuk!)

Namun semua kegemilangan yang beliau kecapi dahulu kini hanya menjadi sebuah kenangan. Beliau kini dilanda zaman gerhana. Apa saja yang beliau lakukan untuk kembali kezaman atas menemui jalan buntu. Hari demi hari kita dapati beliau semakin ditelan dek arus baru yang melanda dunia musik. Beliau masih berusaha dengan kerasnya untuk membuktikan yang beliau adalah pilihan terbaik,penyatu peminat musik semua bangsa dunia.Tetapi dunia ada idea lain.

Yang paling malang adalah beliau masih berada dialam mimpi dengan merasakan diri masih relevan,masih mempunyai peluang untuk bangun dan cemerlang.Merasakan apa yang beliau tawarkan kepada massa adalah yang terbaik.Wajip bagi massa memilih beliau untuk kekal terhibur.Kononnya.

Semua pun ada pusingannya. Setelah lebih lima puluh,eh! silap. Lebih kurang tiga puluh tahun menghiburkan peminat,masa beliau kini hampir malah boleh dikatakan sudah tamat.Mungkin satu masa nanti,beliau akan kembali gah,kembali menjadi pilihan genarasi mendatang. Seperti apa juga. Namun bukan hari ini. Hari ini penduduk dunia semakin celik dan cerdik. Mereka lihat dan berfikir.Apa saja tipudaya dan muslihat tidak bisa lagi disorok seperti suatu masa dahulu.

Memperbodohkan manusia itu sendiri sebenarnya SATU kerja oleh ahli dungu.

Semoga beliau sedar dan mahu berubah.Segera bertaubat atas dosa-dosa beliau kepada masyarakat. Membuang jauh-jauh amalan-amalan songsang dalam kehidupan seharian dan kembali kepada fitrah sebenar manusia yang bertuhan.Tidak korap dan membuang kepentingan diri lalu utamakan kebajikan masyarakat misalnya. Jangan cakap tetapi buat. Barulah AMNU kembali maju.

Tuesday, May 12, 2009

batu hitam

empat loceng

ketika telinga dicerobohi pohonan bambu
yang beku, dingin, berdetik umpama jam
hanya suluhan cahaya hitam, dan empat lonceng
dan empat lonceng

ketika telinga dicerobohi pohonan bambu
yang beku, dingin, berdetik umpama jam
hanya suluhan cahaya hitam, dan empat lonceng
dan empat lonceng

jimadie shah
via facebook chat
12/05/09

Saya tahu kamu semua tidak faham apa yang ditulis oleh Jimadie dan memang sebenarnya kamu tidak akan faham kerana kamu mahu jauh dari seni. Kerana apa? Kerana bagi kamu seni adalah makanan insan yang lahir diplanet nun jauh entah dimana.

Mengapa terjadi demikian? Sebab utamanya adalah kerana kamu melihat dan tidak nampak seni akan mendatangkan banyak wang.Dan wang adalah segalanya bagi banyak insan.

Belajar seni apa juga sebenarnya bukan mesti penjadi pengiat. Kamu masih boleh makan suap dan gaya makan suap kamu akan lebih versatil sekiranya kamu tahu seni.

Seni mengajar kamu supaya lebih peka dan kreatif.

Misalkan kamu ini menerima perempuan sebagai suapan,maka bila ditangkap,nescaya kamu tidak mengeluarkan alasan sebodoh 'orang memberi kita merasa'.

Rupa-rupanya mata pelajaran seni bukan lagi mata pelajaran semua murid. Ianya hanya dijadikan pilihan. Alangkah malangnya. Lalu lahirlah manusia-manusia yang hanya mahu berjaya dalam kata yang dipersetujui massa.

Yang gagal peperiksaan hari ini adalah pariah. Yang berjaya dijadikan tauladan. Menjadi tandatahap. Tidak hairan sekiranya satu atau dua tahun mendatang ini,akan dibina tugu mereka-mereka yang lulus cemerlang dalam peperiksaan. Langkah ke seratus tahun kemudian, tugu berkenaan akan dijadikan tuhan.

Seni adalah makanan rohani. Menghayati keindahan mendatangkan keindahan.

Dan kebanyakkan bentuk seni adalah percuma. Di blog rajawali,kami tidak meletakkan harga karya yang dipamerkan demi mengalakkan orang bertanya tentang karya,bukan harganya. Namun berapa kerat dari kamu yang mahu bertanya?

Atau sekurang-kurangnya berkata 'saya suka karya ini' sebagai satu bentuk galakkan.Kamu tidak akan rugi apa-apa.

Cuba luangkan sedikit masa untuk menghayati apa juga bentuk seni kerana saya sangat percaya kamu lebih bodoh seninya dari mbok-mbok yang kamu gaji untuk membasuh berak anak kamu itu.

Friday, May 08, 2009

meet uncle mat jelas

oleh: uncle benludin
http://myparadiso.blogspot.com/

Aku ingin bercerita akan kisah kawan aku yang bernama Ahmad bin Jelas yang berasal dari negeri Denmark Darul Naim.Nama ringkas beliau ialah Mat Jelas. Ya...memang jelas yang amat bila beliau bercakap dalam bahasa melayu kerana sesiapa pun akan dapat meneka dengan tepat dari mana asalnya Mat Jelas ni. Beliau juga adalah rakan sekelas aku ketika sama-sama belajar di perantauan dahulu(dah berabad pun).

Beliau memang peminat bahasa inggeris. Peminat bahasa sepertinya amat meminati novel-novel karya Stephen King atau Michael Crichton dan lain-lain yang mana aku memang tak tahu (sebab aku bukan peminat novel!). Tak lupa juga, beliau merupakan pembaca tegar suratkhabar tempatan ketika itu, Daily Sport. Bukan kerana beliau peminat sukan, tetapi beliau amat meminati Page 3 Girl yang dipaparkan dimukasurat tiga akbar tersebut. Atas dorongan Page 3 Girl itu juga beliau mula meminati aksi-aksi didalam dunia permodelan dan mula melanggan majalah Pleiboi melalui sebuah kedai Pakistan yang terletak berhampiran dengan kolej kami. Setiap helai majalah tersebut dibacanya dengan penuh teliti dan tawaduk. Aku pernah bertanya kepada beliau kenapa beliau rajin sangat membaca majalah sebegitu. Katanya beliau amat tertarik dengan lenggok bahasa erotik. Tidak membosankan. Majalah itu jugalah memotivasikan dirinya untuk lebih mendalami bahasa inggeris.

Ketika beliau berkomunikasi dengan pensyarah ataupun orang tempatan, beliau cuba sedaya upaya menggunakan Scottish accent nya walaupun kadangkala ia berbau budu. Aku terpegun dengan semangat jitunya itu. Dasyat bahasa inggeris Mat Jelas ni, fikir aku.

Pernah suatu ketika aku mengikuti beliau atas urusan hariannya. Termasuk ketika beliau ingin membeli barangan dapur dan urusan perbankannya.

Lokasi satu - kedai runcit Pakcik John:
-ketika ini Mat Jelas pergi ke kedai dengan hajat ingin membeli mee kuning.

Pakcik John : can i help you sir..
Mat Jelas: yes please. i'm looking for mee..
Pakcik John: mee?
Mat Jelas: yeah..mee. You don't know mee??
Pakcik John: huh? I don't know you..!
Mat Jelas: benludin...jom balik. Sombong la mat salleh ni.

Lokasi dua - Bank:
-peristiwa ketika Mat Jelas ingin mengeluarkan duitnya di kaunter bank.

Mat Jelas: excuse me miss..i would like to withdraw some money from my account..
Kerani(awek cun) : okay...please fill in the form first..sir
Mat Jelas: okay..done..(beliau nak keluar duit 200 pounds sterling)
Kerani: errmm....how do you like your money sir??
Mat Jelas: of course..i like my money very much!
Kerani: ohh i see..here is your money sir. Cheerio! (sambil menghulurkan 20 helai duit 10 pounds dan tersengeh)

* tak berapa jelas rupanya Mat Jelas ni bila berkomunikasi di dalam bahasa inggeris. Mungkin beliau terlalu mengutamakan bacaan dari perbualan? Tak kisah lah,itu dulu,kisah lama. Sekarang beliau masih peminat setia bahasa inggeris,dan beliau adalah pendokong kuat ppsmi serta aktif sebagai ajk surau kampung lalat.


ps: sila lawati blog www.silangbunga.blogspot.com untuk membaca cerita kawan rapat saya,abu yusof.walau pun handal serba-serbi,saya terpaksa akui yang beliau seorang pelukis dan juga penulis yang lebih baik dari saya-abdullahjones-

Tuesday, May 05, 2009

malay town ie; future china town

Dewi

Engkaukah
yang memalu genderang dan
meniup nafiri
tika aku
sedang menari;
mengusung kavadi cinta imaginari.

hujan sore-sore,
Menara O, Kuala Lumpur.
13 April 2009.


Jika kamu membaca sajak diatas dan menganggap prestasi penulisan sajak saya menurun,maka kamu silap besar.Tulisan diatas adalah hasil karya,saya kata hasil karya,sebenarnya hanya sebuah tulisan picisan seorang yang tiba-tiba mahu kembali rindu,hampa,kecewa,mahu dicinta lalu kecewa dan mahu didatangi cinta lagi dan kecewa lagi dan mahu kelihatan romantis dan kecewa lalu dicintai lagi lagu rindu lalu pusingan itu tidak berhenti seperti roda kehidupan iaitu Sinaga-naga.

Wah! pembuka kata kepada ulasan sajak ini saja sudah amat bagus.

Katanya dia tidak mempunyai blog khas untuk sajak-sajaknya dan dia hanya menulis sajak-sajaknya di kotak komen sesiapa yang dia suka. Suka di sini membawa maksud cinta.

Namun kerana diminta mengulas,saya lakukan juga walau pun ianya menjatuhkan airmuka saya. Susah menjadi penyajak,penulis dan pelukis hebat seperti saya dan saya yakin kamu semua tidak akan dapat merasakannya.

Mari kita ulas sajak ini ;

1. Engkaukah

Pengunaan kata Engkaukah dengan huruf besar di permulaan membawa gambaran seolah-olah sajak ini berunsurkan ketuhanan,namun bila melihat judulnya,kita menjadi keliru atau mungkin setuju jika kamu beragama yang bertuhankan seorang perempuan.

Maka dibaris pertama ini kita tahu yang penulis sajak ini adalah seorang pemuja perempuan dan ini tidak melanggar hukum alam kerana penulisnya sah seorang lelaki.

(mengapa naga selalu diibaratkan sebagai lelaki?)

2. yang memalu genderang dan

Seperti yang diketahui umum,'memalu genderang' adalah kata bidalan lama sebagai ganti kata perlakuan seksual. (ruj: buku bidalan lama karangan Ainon Mohd halaman 13 cetakan ke6 terbitan 2007)

Jelas disini penulis mengibaratkan sidewinya sebagai pelepas kehendak seksualnya walau pun cuba dicantikkan ayat seksualnya dari gendang kepada genderang.Penulis juga seakan mengambarkan 'kehausan'nya pada masa menulis. Kita cadangkan penulis perlu banyak minum air yang belum dimasak kerana air yang dimasak telah kurang isi oksigennya.

Maka disini kita harus setuju,penulisnya berada didalam dunia luar sedar ketika menulisnya. Samaada disengajakan,yakni meminum arak sebelum menulis atau dilanda pitam seketika dan terus menulis selepas sedar tanpa rehat yang cukup.Maka kita wajip memaafkan kekhilafaan beliau.

3. meniup nafiri.

Menurut buku Proverbs And Idioms karangan Mick Miller (SDI Press.England) terbitan 1713, kata blowing the nafiri membawa maksud perlakuan seksual diluar tabii dan kata blowing kini diringkaskan kepada blow yang membawa maksud yang kamu semua sedia maklum.

Nafiri pula adalah perkataan sanskrit bagi kemaluan lelaki.

jelas sekali lagi disini,penulis cuba mengelirukan pembaca dengan kata seakan insaf namun sebaliknya mengambarkan perlakuan seksual luar tabii. Ini perbuatan yang sama sekali tidak dapat dimaafkan.

4. tika aku

Penulis sengaja menulis secara ambiguiti disini. Ayat 'tika aku' sebenarnya sengaja diterbalikkan dan sengaja dihilangkan huruf 'm' didalam 'tika'. Maka ayat tersebut seharusnya dibaca sebagai 'aku tikam (kau)' dan jelaslah sekali lagi perlakuan seksual digambarkan disini.

Sebelum usai ulasan ini,saya ingin meminta maaf bagi pihak penulis sajak diatas tidak sopannya tulisan beliau.

5. sedang menari;

Nah,disini jelas pengambaran seksualnya. Jarangnya ditemui penari yang kesorangan walau pun ada err.. diwaktu terdesak. Penulis mengambarkan sedang menari setelah memberi gambaran-gambaran perlakuan sumbangnya.

Dalam kata lain,penulis gembira berlaku sumbang.

Titik bertindih dihujung ayat diatas itu sendiri mengambarkan perlakuan seksual sepertimana simbul :) digunakan sebagai ganti tanda senyum. (ruj: tanda wakilan internet. http//www.bunchoffoolwillclickthis.com)

6. mengusung kavadi cinta imaginari

Perbuatan mengusung kavadi adalah pelambangan kepada kepatuhan dan ketaatan serta penyerahaan. Walaupun menyakitkan,ianya dilakukan demi pembuktian cinta kasih sayang.

Saya mensyaki penulis menyintai seseoang yang amat muda atau sekurang-kurangnya lebih muda dari beliau. Dan mereka akan melakukan penyerahan sebagai pembuktian walau menyakitkan.

Kata 'imaginari' dihujung hanya sebagai penyelamat diri dari dituduh dan didakwa. Ianya digunakan sebagai senjata bagi mempertahankan diri jika tertangkap ketika melakukannya.

7. hujan sore-sore
menara O
kuala lumpur
13 April 2009

Ini adalah penutup standard kebanyakkan penulis. Ianya ditulis sebagai membangga diri. Sering kelihatan penulis yang menutup tulisan mereka dengan 'cape hope,australia' misalnya walhal sajak tersebut ditulis sewaktu penulis sedang berada di ulu yam misalnya. Kerana apa? Kerana banyak penerbit mengangap tulisan yang dihasilkan di luar negara lebih baik dari didalam.

Rumusan dari sajak yang diulas,saya dapati seperti apa juga,jika diusahakan betul-betul dan tekun,penulis sajak ini berpeluang baik untuk maju. Cuma kita berharap beliau berhenti dari menghasilkan tulisan dwi-lapisan yang menjurus kepada perlakuan seksual.

Seperti kata bidalan lama,kelambu yang mengekang nyamuk .

Akhir kata,semoga penulis Sinaga-naga menempa nama sebagai penyair pula setelah berjaya sebagai blogger.(walaupun secara jujurnya,saya tidak nampak jalan bagaimana beliau boleh maju sebagai penyair seperti saya)


ps: sila lawati blog kawan saya www.artismadi.blogspot.com dan tinggalkan kata-kata semangat. beliau seorang pelukis dan baru belajar berblog.

Saturday, May 02, 2009

tunas manja

-aku terima nikahnya sifulan binti sifulan dengan mas kahwinnya sekian-sekian tunai dan redhalah aku dia menjaga dan mencintai aku selamamana aku berharta dan redhalah dia aku mencintai dan menjaga dia selama mana aku hanya mampu beristeri satu dan menuntutlah dia harta sepencarian selama mana aku memilikinya (harta) dan redhalah aku dia tinggalkan jika sekiranya aku jatuh papa dan memilihlah dia untuk bebas apa sahaja hatta untuk telanjang dihadapan mata aku sahaja atau didepan siapa sahaja dan kerana itu tuhan mengetahui didalam hati kami hanya ada dia dan anak-anak kami nanti akan kami tanamkan kebebasan mutlak sepertimana hak manusia mengikut perlembagaan negara dan bebaslah mereka memilih dan mengamalkan agama mengikut selera mereka tanpa ada periksa dan paksa sehingga mereka mencapai umur dewasa mengikut akta negara dan jika sekiranya berpisah kami suami dan isteri,anak-anak akan diserahkan kepada isteri bersama tanggungjawab membesarkan tanpa ada aku campurtangan sama ada dari segi materil mahupun rohaniat dan tidak menuntut akan dia sebarang hak wajip dan sesungguhnya,tuhan bersama kita,dulu-dulu,kini-kini dan selama-lamanya.

Demikian bunyi lafaz nikah yang harus dibaca oleh semua umat manusia Malaya dalam masa terdekat ini.Tanpa mengira agama atau pun bangsa.

Langkah mengseragamkan lafaz akad ini dibuat sesuai dengan rencana pemerintah untuk mencapai matlamat MALAYA NAN SATU. Dan saya amat setuju kerana dengan lafaz berkenaan,maka banyak perkara dapat dijimatkan. Kita tidak perlu lagi mahkamah syariah misalnya.

Panjang sedikit tidak mengapa. Alah bisa tegal biasa,kata orang-orang lama. Kongkek sekali memang rasa berdosa,kalau hari-hari buat tak rasa apa,kata pemuda-pemudi zaman sekarang.Dan saya suka kata-kata orang muda kerana nampak terkini,saya menjadi sebahagian mereka.

Maka berdoa kita agar perkara ini disegerakan dan apabila diwartakan,kita minta agar semua kes tertunggak secara otomatis jatuh dibawah lafaz akad yang baru ini.

Dengan itu harapnya rakyat Malaya tidak menaruh syak-wasangka sesama mereka dan saya amat yakin ianya akan berjaya.

Selamat bernikah dan berkahwin (jika kamu belum berkahwin sebelum bernikah) kepada semua. Semoga tuhan melindungi saya,keluarga saya dan kamu semua.

Selamat pengantin baru juga untuk reza dan yalin.