Thursday, December 31, 2009

akibat panas hati orang kaya

Dulu, kerana sangat kaya,kami tubuhkan studio ini.

Dua tahun selepas itu akibat panas hati tambahan pula wang simpanan masih terlalu banyak dan tidak luak-luak bahkan bertambah dek riba, kami tubuhkan ini pula.

Kami faham jika dulu kamu tidak mahu ke Kuantan melawat studio kami. Apa-lah sangat yang ada dengan Kuantan, penduduknya bodoh-bodoh,pentakbirnya pula tersangat jahat.Yang menjadi daya penariknya pula hanya sistem letak kereta berkupon. Skim cepat kaya Yahudi. Kamu beli kupon dan tidak ada jaminan yang kamu akan mendapat petak letak. Mereka kekal untung. Tapi,ia-lah,orang bodoh memang selalu ditipu skim cepat kaya.

Contohnya;Kamu diajar membuat pinjaman bank. Dapat 23ribu ringgit,kamu bayar kepada tokeh. Tokeh berikan 10 mesin kisar air kepada kamu. Jual semua,kamu untung 4ribu ringgit. Tokeh beli mesin kisar air 200ringgit satu. Untung tokeh pecah kalkulator mengira.Kamu 15tahun bayar hutang bank. Kemudian tokeh sarankan kamu menjadi model iklan,kamu bersorak gembira seperti kote tambah sejengkal. Di talivisyen kamu sekeluarga melahirkan rasa syukur kepada Tuhan. Dirumah ada lagi sembilan mesin kisar air. Sampai kiamat kamu semua sihat akibat meminum air keramat.Tokeh untung kamu sihat. Menang-menang.

Tapi jika kamu di sekitar Temerloh atau paling tidak pun di Kuala Lumpur dan tidak datang ke galeri kami di Temerloh, kamu memang kurang ajar.

Kemudian dari itu,kami jemput pula kamu semua ke majlis dibawah.Tidak ke-hairan-hati kamu melihat kami yang bukan sahaja kaya dan sombong, bahkan budiman pula.

Nanti jika kamu datang dan makanan yang kami sediakan tidak cukup, jangan cemuh. Pergi kekedai dan beli.Usai majlis kami, bergegas-lah kamu pulang dan mula memblog perkara-perkara yang baik sahaja terhadap kami.Jadikan wartawan akhbar kerajaan sebagai teladan.

Kepada kawan-kawan yang suratkhabar dan televisyen, datang.

*ada typo di papantanda galeri Temerloh ,tetapi kerana kami kaya dan sombong lagi budiman,kami biarkan sahaja.

Tuesday, December 29, 2009

kemaskini happy blue sky lucky star number 888

Setelah tersiarnya berita penubuhan studio HAPPY BLUE SKY LUCKY STAR NUMBER 888, kami dikunjungi oleh dua orang yang mengaku seniman berhasrat bergabung. Namun keduanya kami tolak.
pemain sarkas sedang ditemuduga
pemusik jalanan sedang ditemuduga
pemain sarkas cuba membeli jiwa kami agar mengambil beliau
mencuba
dan mencuba
pemain sarkas dan pemusik jalanan mengadu nasib ditolak kepada bekas pemusik lagu-lagu rakyat yang telah membakar semua album nyanyiannya dan kini mungkin akan dilantik menjadi sekuriti gad distudio kami.

Monday, December 28, 2009

benda besar baru

Matahati? Sebutir Padi? Dikala Jingga?Artis Jalan Conley?Ilham Fadhli? Bah! soooooooooooo yesterday! Selain gerup Rajawali,orang kini bercakap-cakap mengenai Gerup HAPPY BLUE SKY LUCKY STAR NUMBER 888 sebagai kumpulan pelukis yang bakal menjadi the next big thing! Lihat saja studio mereka. Alangkah!





(pegawai publisiti Gerup HAPPY BLUE SKY LUCKY STAR NUMBER 888 sedang berdiri diluar studio sambil minum arak)

Thursday, December 24, 2009

penulis jemputan menulis

Tulisan dibawah ini di tulis oleh Mohd Faiez Bin Mohd Ali. Sudah lama dihantar kepada saya,cuma saya lambat ada kesempatan menyiarkannya. Selamat membaca. Mohd Faeiz sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom,kampong saya.

Assalamualaikum.
(Entri ini bukan bersifat perkauman dan aku tidak benarkan mana2 pihak mengeksploitasikannya untuk tujuan-tujuan selain pendidikan dan kebaikan)

Hari ini sedikit pasal perbezaan antara pencapaian kaum2. Mengapa berbezanya Melayu dan kaum2 lain yang dikatakan pendatang di Malaysia. Fokus keatas kaum Melayu dan Cina.

Kita selalu dengar kan yang mana orang selalu kata.
1) Orang cina ni kapitalis. Suka kaut untung. Bunuh peluang orang melayu.
2) Orang melayu malas bekerja. Tahu merempit. Hisap gam. Semua benda ni, susah nak dapat lihat kaum lain buat.
3) Orang cina jadi tokan dadah, orang Melayu hisap. Jadi sampah.
4) Orang cina selalunya lebih berjaya daripada orang melayu dalam byk bidang. Cth utama bisnes.
5) Orang melayu busuk hati. Bunuh satu sama lain. Tak boleh tengok orang senang. Suka jaga tepi kain orang lain.
6) Orang melayu hanya tahu berangan.

Jadi hari ni aku nak sentuh sikit tentang perihal kenapa cina lagi berjaya daripada Melayu secara amnya dengan membuat perbandingan dengan tempat yang aku diami sekarang untuk belajar.

Pertama, kenyataan Cina rata2 nya lebih berjaya daripada Melayu memang satu kenyataan yang benar dan tidak boleh disangkal secara keseluruhan. Tengok cth dalam sekolah2. Siapa top student? Dalam bekerja, siapa lebih rajin? Dalam siapkan kerja rumah, siapa yang selalunya tak buat? Kita boleh jawab sendiri persoalan2 ini secara am.

Aku kata, sebab utama benda ni berlaku adalah kerana kaum cina asalnya merupakan kaum pendatang di tanah melayu. Orang melayu memang dah siap ada. Dengan tanah. dengan harta. Dengan kekayaan dan warisan. Tetapi cina datang sehelai sepinggang. Tak ada apa2. Secara teorinya, mereka yang datang ke tempat orang tanpa apa2 akan berusaha lebih keras untuk mencapai apa2 target yang diingini.

Kita boleh juga lihat contoh pekerja indonesia dan india serta benggali. Mereka datang dari tempat lain yang lebih rendah taraf hidupnya berbanding di sini. Bagi aku mereka rajin. Apa pekerjaan pun, mereka sanggup buat. Pekerja subaidah aku pernah interview. Datang sini duduk semua satu bilik ramai2. Berjalan subuh2 buta pergi tempat kerja. ada yang sampai sanggup belajar bahasa melayu sikit2. Mereka rajin. Kerana mereka faham maksud susah. Tapi ramai orang melayu kita tak faham.

Begitu juga cina. Mereka rasa terancam di Malaysia. Mereka dahulu beranggapan malaysia ni tanah utk melayu dan melayu sahaja. Maka, mereka usaha macam nak rak utk meningkatkan tahap sosial hidup sendiri. Ini membawa kepada perbincangan poin kedua iaitu zon selesa.

Orang melayu berada pada zon selesa. Kenapa aku berkata demikian?
1) Tak belajar pandai2 pun tak apa. Setakat lulus masih boleh sambung belajar. malah dibayar elaun lagi oleh kerajaan. Mana negara kerajaan bayar pelajar untuk belajar?
2) Kerja kerajaan tak payah sungguh2. Amat payah untuk dibuang melainkan utk sebab2 tertentu seperti melawan kerajaan. Masuk kerja lambat, balik awal tak ada kesan kepada keselamatan dan jaminan pekerjaan mereka. Walau produktiviti macam sampah, gaji dan elaun tetap sama ikut tangga gaji.
3) Segala2 nya ada. Subsidi itu. Subsidi ini. Bantuan itu. Bantuan ini. Buat apa mahu kerah tenaga lebih2?

Tetapi cina. Mereka bukan dalam zon selesa. Kenapa?
1) Susah nak dapat tempat dalam universiti tempatan yang disubsidikan oleh kerajaan.
2) Susah nak dapat tempat dalam institut pelajaran yang bagus seperti MRSM, sekolah2 asrama penuh dan sains.
3) Susah nak dapat kerja kerajaan atau kenaikan pangkat.
4) Tidak ada subsidi istimewa oleh kerajaan. tiada bantuan segalak bantuan2 untuk Melayu.

Maka, apa kesimpulannya? Cina lebih rajin kerana mereka berasa tidak selamat. Ini berkait rapat dengan 'survivalisme'. Berusaha lebih gigih untuk hidup atau 'survive'.
Apa buktinya poin aku ni? Mari lihat di negara maju seperti UK.

Di UK mereka kata orang Celtic adalah antara penduduk asal. Namun ini juga masih tidak dibuktikan secara menyeluruh. akhirnya kesimpulan mereka orang2 caucasian atau bahasa kasar orang putih adalah penduduk asal di UK ini.

Di negara maju ini aku boleh lihat yang lebih ramai kaum2 minoriti pendatang yang lebih rajin daripada orang putih sendiri. Di London, kaum pendatang secara keseluruhan akan menyamai penduduk putih dalam masa 20 tahun akan datang jika migrasi terus kekal dengan pattern yang sama. Dahulu Benggali dari bangladesh datang London untuk menjadi chef di atas kapal2 laut. Sekarang tokoh seperti Anwar Choudury telah menjadi orang bukan putih pertama yang memegang jawatan diplomatik tinggi di UK. Dan dia dari bangladesh!

Orang afrika datang ke england akibat daripada perniagaan segitiga yang berlaku waktu dolu2 antara afrika, Britain dan Amerika. Mereka dijadikan bahan jualan, yakni sebagai hamba. Tapi sekarang? Pernah dengar nama Lucas Radebe? bekas pemain pasukan Liga Perdana Inggeris. Dia seorang south-african.

Contoh yang lebih dekat. Orang melayu di UK. Aku belajar disini dan aku kenal ramai Melayu2 di UK. Termasuk juga rakyat Malaysia di UK yang terdiri daripada Cina, India dan kaum etnik lain. Mereka rajin. Mereka sering dipuji oleh pensyarah2. Amat jarang nak dapat orang Melayu di UK yang dibuang kerana ponteng kelas atau kerana merempit. Amat jarang nak lihat Melayu2 ini berpeleseran di pusat membeli belah di sini. Mengapa? Ini adalah kerana kami bukannya berada di dalam zon selesa. Kami adalah entiti asing di negara orang. Tanpa usaha, tak ada siapa yang akan tolong. Tak ada pejabat2 kerajaan nak minta bantuan. Tak ada ibu bapa yang boleh tolong dodoikan. Tak ada geng2 bernombor dan bersimbol boleh telefon minta tolong. Itu semua hanya relevan di tanah air Malaysia dan bukan di negara orang.

Cuba lupakan soal salah kerajaan. Salah sistem buat seketika. Lupakan soal dia salah, mereka salah, jiran sebelah rumah salah mahupun apek jual sayur yang salah. Lupakan juga tentang individu2 yang kita rasakan salah. Jom duduk sorang2. Muhasabah balik diri. Di mana kita punya kedudukan. Apa yang kita sumbangkan kepada negara kita ni. Mungkin kita nampak kesalahan orang lain. Tapi payah nak tengok kesalahan kita. Senang sangat nak tuding. Tapi kita tak perasan. Satu jari tuding kat orang. Lagi empat tuding mana?

Jadi disini aku cuma nak sampaikan. Melayu di malaysia sudah terlalu lama berada di zon selesa. Ada yang sedar dan cuba keluar secara sendiri dengan berfikir. Berubah. Tapi masih ramai lagi yang tidak. Itu yang menjadikan kes2 rogol, mengandung anak luar nikah, hisap gam, rempit, buat video 3gp dan lain2 makin menjadi2. Jangan salahkan orang lain jika satu hari nanti kita tersungkur. Kerana dah terlalu lama kita di tahap yang sama, tahap selesa. Dan jika bukan kita yang mengambil insiatif untuk meningkatkan kualiti hidup, siapa lagi?

Selamat.

Sunday, December 20, 2009

PEMBERITAHUAN

'mixed feeling'
PAMERAN SENI LUKIS ARTIS STUDIO RAJAWALI
20DEC2009-03JAN2010
MS GARDEN HOTEL,KUANTAN,PAHANG
-SEMUA DIJEMPUT-

Thursday, December 17, 2009

meneguk diair keruh

kemaskini;

kata mereka yang telah memiliki album SEBELAH HITAM:
-Raduan Norudin: perempuan gemok sebelah meja....ummph !
-Azman Mohd: album airmas best..teman dh syak dh!

penyanyi lagu-lagu rakyat,nik binjidan termenung memikirkan mahu membakar semua album-albumnya dan berhenti menyanyi setelah mendengar lagu-lagu dari album SEBELAH HITAM
*gambar oleh azman mohd*



Jika kamu tidak kenal airmas sz, dan sudah barang tentu kamu tidak mengenali beliau,maka mari saya kenalkan.Dengan ayat satu noktah sahaja,semua mengenai diri beliau akan terungkai.

Setelah menyedari dirinya sudah terlewat (dari segi rupa dan usia) untuk mengambilalih tempat Ramli Sarip dan Amy Search atau sekurang-kurangnya Ameng Spring,maka beliau beralih kepada lagu-lagu puisi.

Airmas sz meminta izin untuk melagukan puisi-puisi saya dan saya benarkan. Kami lalu meminta Sinaga-naga mereka sampul dan dia pun setuju,maka inilah hasilnya.

Pergi ke blog beliau untuk membeli album ini. Atau jika kamu ke Tembang di Kuale,maka dapatkan disana.

Tidak-lah dapat saya memberi apa-apa ulasan mengenai irama dan suara nyanyian dalam album ini. Walau bagaimana pun, sajak-sajak yang dipilih tanpa disangsikan lagi memang teramat bermutu tinggi.

Jadikan sebab sajak sebagai alasan untuk memiliki album ini atau jika kamu suka, jadikan saja gandingan saya dan sinaga-naga,satu gandingan mantap dan bermutu ini sebagai alasan. Lupakan suara dan irama yang dibuat oleh airmas sz.

Lalu apabila kamu telah memiliki album ini,jangan malukan diri kamu dengan meminta tandatangan beliau,tunggu hingga kamu berjumpa saya atau sinaga-naga.

Lagipun, apakejenis penyanyi yang memilih airmas sz sebagai nama samaran kecuali jika beliau benar-benar yakin amat tidak kacak. AIR MAS? SZ? Lucah benar bunyinya.

kemaskini;



Disebabkan masalah teknikal, sampul album ditukar kepada yang diatas. Atau jika kamu berkeras,minta saja sampul yang nun diatas dari airmas, lelaki rock kecundang itu.

kemaskini;

sajak saya judulnya PENJUAL API, malangnya lelaki rock kecundang ini kurang peka. Malas melihat. Maka ditulisnya judul sajak saya sebagai PENCURI API.

Monday, December 14, 2009

bintang jahanam



Apa yang kamu harap untuk capai dengan menganjurkan pertandingan-pertandingan semacam ini? Kamu mahu tunggu sehingga anak-anak kamu ditangkap,dikerat dan dibuang kesungai lalu akan berhenti dari melakukan perkara bodoh ini?

Anak sekecil ini kamu paksa menjadi dewasa. Dengan pakaian dan gerak yang membawa berahi kepada sesetengah. Atau kamu belum pernah mendengar yang ada manusia yang seleranya kepada anak-anak sebegini. Kamu bodoh,jangan bodohkan mereka.

Izinkan-lah mereka menjadi kanak-kanak.


ps:pergi kesini untuk belajar bagaimana mengambil gambar orang kenit.

Friday, December 11, 2009

selamat hari jadi kak ros



Saya amat amat malas untuk mengemaskini blog sebenarnya. Bimbang terlebih popular. Tapi adakalanya saya merasa amat perlu dan hari ini saya merasa begitu yakni amat perlu.

Klik imej diatas dan cuba lihat apa kesilapannya. Iklan ini rasanya memerlukan belanja tinggi. Satu muka diakhbar perdana. Banyak tenaga yang diperlukan untuk menrealisasikannya. Namun hasilnya sangat minima.Tambahan pula dirosakkan oleh kegagalan penulis iklan ini untuk teliti.

Saya bukan ahli bahasa,namun WIRA WATI? Alangkah bodohnya penulis iklan dan pembaca peruf tulisan ini. WIRA WATI sepatutnya di eja sebagai WIRAWATI! SPRM, eh! maksud saya DEWAN BAHASA patut menyiasat perkara ini. Ini amat memalukan!

Kita tidak mahu peristiwa bersejarah ini (mengucapkan selamat ulang tahun kepada wanita pertama Malaya dengan membeli iklan suratkhabar) ditahikan oleh kesilapan sebegini.

Dan jika berkesempatan, saya akan merasa bangga untuk mengulas sajak hebat yang dipaparkan itu. Penulis sajak berkenaan yang pastinya mendapat bayaran sepatutnya banyak sembahyang taubat dan memohon Tuhan mendatangkan rasa rendahdiri kepadanya kerana menghasilkan sebuah karya yang megahebat.

Oh! SELAMAT HARI ULANG TAHUN WANITA BESIWAJA WIRAWATI NEGARA,DATIN SERI ROSMAH. NAMA SAYA ABDULLAHJONES.Ingat,ABDULLAHJONES.




ps:baca betapa moleknya arena senilukis Pahang disini.

Wednesday, December 09, 2009

lagenda


Osman Limat,satu nama yang sepatutnya tidak perlu diperkenalkan jika kamu benar-benar mengambil tahu mengenai dunia seni lukis Malaya. Beliau telah lebih 30 tahun pengalaman dalam dunia seni.

Tidak lama dulu,saya telah meminta beliau menceritakan jalan menuju kepada bagaimana beliau menjadi pelukis. Malang sedikit,saya dan dia tidak mempunyai masa untuk menghabiskan kisah ini. Nanti jika ada kesempatan akan saya sambung sejarah perjalan hidup beliau.

Berikut adalah cerita dari mulut beliau sendiri;

Semasa dalam sekolah rendah,darjah enam,tahun 1963, aku masuk pertandingan melukis,aku kalah. Semasa dalam tingkatan tiga, aku mengambil krusus senilukis di Nanyang Art Acedemy,Singapore. Aku terpaksa berulang-alik dari Segamat ke Singapore setiap hujung minggu dan cuti sekolah.

Semasa di Singapore, aku menumpang di rumah saudara aku, Haji Abdul Hamid Bin Abdul Samad di Changi Road.

Aku juga berkerja sambilan membasuh pinggan di restoran Kak Aisyah di Changi Road semasa berada di Singapore dengan upah sebanyak 50 ringgit. Dengan duit upah itu aku dapat tampung belanja beli barang seni lukis.

Pak Man menunjukkan jari-jemarinya yang 'haus' sebagai bukti lamanya beliau melukis


Banyak juga aku jumpa bintang filem bila aku melawat studio Chatay Kris. Aku ke sana melawat tempat membuat poster wayang. Sempat jumpa Mat Sentol!

Aku jumpa Isa Ahmad, pelukis set dan poster wayang.

Aku sempat belajar melukis di Nanyang cuma dua bulan. Tak mampu nak bayar yuran. Aku tanya Nanyang boleh belajar secara pos atau tidak? Mereka kata boleh. Jadi aku pun belajar secara pos. Aku ingat lagi nombor ahli pelukis gaya pos di Nanyang,2335. Tak percaya engkau pi tanya Nanyang.

Jari-jemari Pak Man yang 'haus'


Krusus gaya pos aku ikut sampai tamat. Tiga tahun. Dapat lah sijil dari Nanyang. Jadi kiranya aku ni samalah satu sekolah dengan M.Nasir,Amin Sahab. Kira aku senior dia orang la.

Dua kali aku menang pertandingan melukis sesama ahli gaya pos Nanyang.


Aku sekolah sampai form three. Aku fail LCE.


ps: pergi ke sini untuk membaca mengenai sumbangan kerajaan Pahang terhadap perkembangan seni.

Tuesday, December 08, 2009

penjual api

dimulut para menteri
ada api menghambur
membakar hangus
rentung
garing

dirumah kami
pilinya kecil
airnya sekadar
cukup buat minum

negeri ini semakin
lama semakin hangus
gersang
kontang

kami menjadi anak
kecil dirumah kebajikan
yang hanya diraikan
bila hampir
hariraya

kemudian kembali
dilupakan

para menteri kekal
menjual api

Friday, December 04, 2009

peristiwa-peristiwa johore bahru

lelaki ini pertama kali ke johore bahru


lelaki ini belanja kami minum-minum



ini anak lelaki yang belanja kami minum-minum


lelaki ini menang hadiah utama pertandingan seni lukis terbuka johore


karya ini mendapat tempat kedua


karya ini pula tempat ketiga


karya ini menang hadiah saguhati



lelaki ini juga menang hadiah saguhati


dan ini adalah mereka-mereka yang rebah.

Thursday, December 03, 2009

binatang



malaya o malaya...


*diambil dari blog patrick teoh

Tuesday, December 01, 2009

tahi bintang

yang kuimpikan itu bintang

yang kuimpikan itu bintang
yang tak mungkin jatuh keribaanku
yang pasti jatuh dan tersungkur
hanyalah aku

azam/dis2009

Malang bagi kamu,ketagihan untuk mengulas datang lagi.Dan kali ini saya pilih sajak si azam. Entah siapa dia dan saya tidak peduli.

Sajak ini memang layak dijadikan tema dan maksud hidup bangsa melayu malaya. Sajak ini mengumpul semua lagu melayu dari tahun 30an sehingga 100 tahun dari hari ini.

Sajak ini amat baik untuk menjimatkan masa. Dengan membaca sajak ini,kamu otomatis telah membaca kebanyakkan buku fiksi melayu malaya.

Sajak ini juga merangkumi semua wayang melayu malaya. Cuma sedikit malang,sajak ini hanya memperkatakan tentang filim-filim yang diterbitkan setelah filim Azura. Filim sebelumnya langsung tidak disentuh.

Mari saya terangkan mengapa.

Semua melayu malaya cita-citanya adalah 'mencapai bintang'. Frasa mula dalam jalan mencapai impian tersebut,mereka adalah gambaran kekuatan.

yang kuimpikan itu bintang

Lihat betapa gahnya impian si azam. mahu bintang. Kamu tahu bintang? Ya,yang dilangit sana. Yang kadang lebih besar dari bulan dan kadang lebih besar dari bumi. Maka impian ini adalah sesuatu yang amat mengagumkan. Kita patut jaki kepada si azam yang mempunyai impian yang sangat tinggi. (bintang duduknya dilangit,maka impian itu digambarkan tinggi,faham?)

Perlambangan tingginya cita-cita diwakili oleh bintang adalah lamputinggi dalam karya ini. Saya suka.

Kamu jika mengenali si azam layak berbangga setelah membaca rangkap ini. Jika kamu berhenti membaca sajak ini disini, maka halal bagi kamu untuk mengadakan kenduri kendara meraikan impian agung si azam ini.

Kemudian dari itu, dia mampus. Seperti banyak melayu malaya.

Baru pasang angan-angan sudah menyerah kalah. Seperti kote yang keras sebelum ... err.. yang itu. Apabila ini berlaku, menyerah sejurus bercita-cita,kamu bukan sahaja melukankan hati kamu sendiri bahkan segala makhluk sekeliling akan menerima padahnya.

Jika kamu bergerak sedikit, maka keadaan keliling kamu akan berubah. Walau jika impian kamu tidak terlaksana walau setelah berkerja, maka layak amat kamu untuk kecewa. Walau bagaimana pun,meraikan kekecewaan adalah kebodohan mutlak.

Gerak untuk mencapai impian kamu walau selangkah telah merubah banyak perkara. Paling kurang selipar yang kamu pakai akan makin haus dan akan mengakibatkan kemungkinan pengeluaran selipar dunia akan bertambah satu pasang. Disini kamu telah menambah rezeki sekurang-kurangnya satu orang.

Malangnya, serangkap azam memasang cita-cita,tiga rangkap selangjutnya adalah perilaku ahli neraka paling bawah.Bahkah lebih dari itu kerana katanya ahli neraka paling bawah sekalipun masih berharap masuk ke sorga.

Merintih,menyerah dan berputus asa. Kerana itu saya katakan sajak ini layak menjadi katagiat seluruh umat melayu malaya. Tampal di dahi jika perlu.

yang tak mungkin jatuh keribaanku
yang pasti jatuh dan tersungkur
hanyalah aku


"yang tak mungkin,yang pasti .." belum buat lagi,tetapi sudah tahu keputusan. Samada siazam ini wali keramat ataupun bomoh sesat kerana tahu perkara yang belum berlaku. Wali keramat pun rasanya tidak tahu maka layaklah kita merumuskan yang azam adalah bomoh sesat.

Timbul keinginan dalam diri saya yang anti melayu malaya ini untuk menyarankan agar si azam ini membunuh diri bagi mengembirakan hati saya.

Bercita-cita dan bercerita mengenai cita-cita adalah bagus. Berusaha menrealisasikannya pula adalah terlebih bagus. Melainkan jika kamu dilahirkan di Kuala Lipis, ibu kamu bekas sarjan Polis. Kamu kesekolah tumpang jiran sebelah dan bercerita bila dewasa yang kamu sejak dari kecil memang bercita-cita mahukan PRADA sebagai tas tangan. Tak lojik sangat tu.Ke Kuantan tidur Hotel Tong Nam Ah,Prada.. Tapi,ialah...orang Kuala Lipis...

Kemudian merajuk bila dimarah kerana datang lambat untuk minum-minum,seperti dR. ali. Eh! dR. ali orang Raub! kamu kata. Alah,Raub,Lipis apa bezanya.Darat,kata saya.

Oh! Saya akan ke Johor Bahru Khamis ini kerana orang JB rupanya amat pandai menilai hasil seni. (uhuk!)