Sunday, June 27, 2010

ulamaya karin

Dek kerana terpanggil dengan berita beberapa orang pandai agama yang menyertai partai politik, saya keluar sebentar dari percutian menulis.

Molek sebenarnya apabila golongan tahu tentang agama menyertai sebuah partai politik yang selama ini duduk dalam kabur tentang pegangan agama mereka. Dengan peryertaan mereka-mereka yang faham, sudah tentu partai politik yang disertai akan lebih berdayamaju untuk mengamalkan apajuga yang diperintah tuhan.

Tahniah juga diucapkan kepada mereka diatas keputusan yang mereka buat. Semoga tuhan mengampunkan (jika ada) dosa mereka.

Menyebut mengenai pandai agama menyertai partai politik demi untuk kebaikkan sesebuah organisasi yang kuat membela hak rakyat, sayugia saya sarankan agar lebih ramai mereka-mereka yang tahu dan faham agama ini turun kedalam kancah kehidupan para marhain. Jangan kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa tahu. Berkahwin dengan penyanyi atau pelakon misalnya. Dengan cara ini kita berharap semua pogram untuk rakyat akan menjadi lebih islami.Dengan adanya mereka-mereka ini dalam apa jua persatuan sekurang-kurangnya kami tidak menjadi kambing tak bergembala.

Untuk itu, saya adalah dengan ini menyarankan agar yang mulia dr.muhammad asri zainal abidin,yang katanya tidak akan menyertai mana-mana partai politik untuk segera menikahi mana-mana penyanyi atau pelakon. Dan jika benar berita akan berlakunya perceraian pelakon maya karin, maka adalah teramat cocok jika mereka disatukan.

Cuba kamu bayangkan betapa pendokong hiburan yang selama ini dituduh jahat akan merasa kembali aman. Tidak menghairankan jika ramai diantara mereka (penyanyi,pelakon dan penulis berita hiburan) merasa berhak untuk menduduki sorga paling atas apabila salah seorang dari anggota kumpulan mereka diterimapakai oleh seorang ulama. Jika saya disuruh berpuisi untuk kejadian diatas,maka ini hasilnya;bertudung litup aku/kala kemahkamah shariah aku/waktu sementara itu/ini lubang berahiku buat tatapanmu.

Lalu bayangkan pula betapa meriahnya pernikahan itu dengan seribu-ribu berita dan acara bagi menyaksikan pernikahan dua cabang kehidupan yang selama ini hanya nyaris-nyaris bersatu. Boleh jom kepoh disana.Boleh sure roboh disini. Seminggu adalah terlalu singkat masa bagi meraikan kebaikkan itu. Lalu kita buat sambutannya selama setahun dan kemudian diulang lagi sehingga kiamat. Tuhan itu maha segala dan niat baik kita tentu membawa redhanya.

Terima kasih kerana membaca. Izinkan saya kembali interval.

Saturday, June 19, 2010

interval

Tuesday, June 15, 2010

sembah derhaka

imej ikhsan ayahpin.blogspot.com

Dulu,heboh satu Malaya dek tugu besar ini.Semua setuju,ini adalah salah,ini adalah sesat.Ini adalah kerja gila.
imej ikhsan arterimalaysia.com

Kini, datang pula yang ini.Dan keduanya adalah sama.Maka semua seniman, hebat dan terhebat,besar dan terbesar ,cerdik dan tercerdik bumi penuh seni ini berdiam diri.Bimbang derhaka.Bimbang kecil hati si-Kingmaker.

Kemudian mereka pun menepuk dada dan menjerit,aku seniman!aku seniman!

Monday, June 14, 2010

bangsa-bangsa bodoh seMalaya


Di Malaya,seni (lukis) terbahagi kepada dua kelompok khalayak. Kelompok satu,yakni kelompok bodoh ,adalah kelompok yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai pengantara. Kelompok ini adalah hina dimata banyak pengemar seni.Kelompok ini dianggotai oleh manusia marah. Kepada mereka,mereka adalah insan yang sentiasa malang,sentiasa ditindas kerana tidak mendapat bantuan (dari kerajaan) dalam membangunkan seni kecintaan mereka.

Mereka teramat gemar berkelahi dan mencari salah sesama mereka. Tidak melihat seni(lukis) dalam cabang yang banyak. Tidak mengiktarf mereka yang tidak dalam aliran mereka.Kelompok ini ada sesekali akan kelihatan diacara yang dianjurkan oleh kelompok kedua.Lebih masanya mereka berkumpul sesama mereka dan meratapi malang yang menimpa mereka.

Ruang akhbar Bahasa Melayu pula hanya menjadi pembawa khabar. Yang diceritakan hanya bila dan dimana sesuatu acara seni diadakan dan selagi pengiatnya belum ditangkap berkhalwat,maka tinggal disitu sahaja berita mengenai seni (lukis).

Kelompok satu adalah kelompok terhegeh-hegeh mahu diterima.

Kelompok kedua dan teramat cerdik pula adalah bagi mereka-mereka yang menggunakan Bahasa Inggeris. Dalam kelompok ini,jika satu diantara saudara mereka mengikat dua biji telor kote dan dipertontonkan kepada umum,ianya akan diangkat sebagai suatu kerja seni maha agung dan adalah kejayaan dalam hidup seniman yang mengusahakannya.

Kelompok ini akan berusaha sendiri untuk maju dan demi pohon beringin yang tumbuh liar,mereka tidak akan samasekali masuk atau dilihat bergaul dengan kelompok pertama.

Ruang akhbar kelompok ini pula akan menyiarkan berita mereka-mereka yang terpilih.Yang memang dikelompok mereka atau yang hampir-hampir masuk kedalam arena elit yang mereka bentuk sendiri.

Gejala diatas berlaku dalam semua cabang seni di Malaya.ie,jika kelompok satu mempersenikan makyong,maka seni itu seni kelas dua,pariah. Jika kelompok dua yang mengusahakannya,maka ianya adalah prestige.

Racism bukan hanya apabila kamu melihat pada warna kulit.Ianya juga berlaku apabila kamu memejamkan mata kepada apa sahaja yang tidak duduk dalam kelompok kamu.

1Malaya?
hhharkkkkkkkkkkkhh! ptuiii!

Wednesday, June 02, 2010

buaya-buaya tersangkut

Semasa datang bersama rombongan GAPs (Gabungan Pelukis Se Malaya) tempoh hari, saya cuma sampai ke Kuala Jasin. dR.ali mengajak saya menyambung perjalanan terus ke Buaya Sangkut dan saya memandang beliau dengan pandangan paling koman. Gila adalah perkataan paling tepat ditujukan kepada dR.ali, midon,amin,amir,ifamuddin dan jika tidak silap saya,raduan nurudin. Waktu itu,kami diberitahu yang perjalanan dari Kuala Jasin ke Buaya Sangkut mengambil masa lebih kurang 6jam,berjalan kaki.Tidak ada manusia yang waras akan menghambakan diri berjalan kaki sejauh itu hanya untuk melihat sebuah air terjun.dR.dan kumpulannya adalah tidak waras.

Dan seperti semua maklum, grombolan yang mengelar diri mereka Kumpulan Gajah,mengambil sempena berat badan dR. ali dan hamidon barangkali,gagal sampai ke Buaya Sangkut. Dari sini,sifat dendam kesumat dR.ali telah mula menunjukkan sisi hitamnya.

Ditambah pula,En.Bakar,Tuan Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor adalah rakan baiknya.Maka sejak kembali dari misi gagal Kumpulan Gajah,mengambil sempena berat badan dR. ali dan hamidon barangkali,dR.ali tidak putus-putus berusaha untuk mengulangbalik misi tersebut.

Insaf dengan Kumpulan gajah,mengambil sempena berat badan dR.ali dan hamidon barangkali,beliau kini membentuk kumpulan baru. Mereka-mereka yang terlibat terdiri dari ahli kumpulan Jurufoto Luarbiasa. Mereka adalah,selain dR.ali,Jasni Muda dan Ali Tukimin serta Shahreen dari Muar dan Batu Pahat. Emran Mohd Tamil dan Bakhtiar@pahat dari kuala lumpur. Dr.Jamal Rahman,Hisyam Rahman dan Abang Naim dari Kuantan. Saya juga turut serta. Kecuali Abang Naim,kamu boleh googlekan nama-nama diatas untuk melihat hasil kerja mereka. Selain dR.ali,hasil kerja mereka amat cemerlang.




Sebahagian besar peserta rombongan ini terdiri dari mereka-mereka yang telah banyak menakluki banjaran dan gunung. Hutan dan belantara. Pendekata,jika berselisih dengan mereka,kamu akan merasa gerun dek bengisnya pengalaman mereka dalam acara hutan dan belantara.Banjaran dan gunung.Kali terakhir saya berjalan kaki jauh ialah takala saya turun dari kereta untuk kekedai membeli rokok.

Tiba di bandar Kahang di Johor, kami pun mendaftarkan diri di Pejabat Taman Negara dan terus ke Balai Polis Kahang untuk menyimpan kenderaan dan menaiki pacuan empat roda yang sedia menunggu.

Pejalanan dengan pacuan empat roda mengambil masa selama 2jam dan kami selamat sampai ke pinggir hutan. Hampir dengan Kuala Marong sebenarnya. Saya rasa ini adalah klimaks perjalanan Kumpulan Gajah,sempena berat badan dR.ali dan hamidon barangkali, dalam misi pertama ke Buaya Sangkut tempohari.

Kami bermalam di Kuala Marong.

Kuala Marong adalah kawasan santuari pemeliharaan ikan kelah,satu spesis ikan yang dilindungi. Disini kamu boleh mandi-manda dan berenang dengan ikan-ikan yang katanya antara ikan yang paling lazat didunia. 'sisek dia pon boleh makan! kata dR.ali separuh menjerit. Dalam hati saya,saya menangis. Lapar benar kawan saya ini,bisik hati hiba saya.

Tasek Air Biru,tempat mandi-manda paling romantis itu juga hanya 50meter dari Kuala Marong. Jika tiada hujan dihari kamu tiba disana,maka airnya teramat jernih.Lihat gambar Shahreen di Tasek Air Biru dibawah sebagai bukti jernihnya.Disebelah beliau adalah dR.ali.Lihat betapa gebunya tubuh beliau.

Mungkin,nanti jika ada kesempatan,akan saya ceritakan lagi pengalaman saya ke Buaya Sangkut.Mungkin juga tidak. Adapun begitu,intipati dari perjalanan ini saya dapati,dR.ali adalah seperti kanak-kanak hyper-active yang mendapat terlalu banyak bekalan gula. Kita tidak tahu dimana bekalan gula yang beliau dapati dizaman payah gula ini,mungkin ada saudara maranya yang berkepentingan lalu bekalan yang sepatutnya dijual bukan kepada rakyat untuk mendapat keuntungan lebih besar itu diberikan kepada beliau.

Setelah semua letih,saya kata letih,tetapi ayat yang lebih tepat adalah hampir mati,dan selamat sampai ke destinasi terakhir sebelum naik ke Air Terjun Buaya Sangkut,iaitu Takah Kunyit,maka kami pun berehat. Tidak dR.ali,beliau terlompat-lompat,terkinja-kinja kegembiraan. 'kita dah sampai!kita dah sampai! jeritnya lagak seperti politikus menang kerusi. Malah lebih dari itu. Saya amat cenderung untuk mengatakan yang lagak beliau seolah-olah budak lelaki yang pertama kali merasa keluarnya mani,namun sebagai menghormati songkok beliau, saya hanya sanggup mengatakan yang beliau adalah gila.

Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Encik Fakrul dan Encik Herman,dua kakitangan Perbadanan Taman Negara Johor yang bersama dengan kami dari mula hingga akhir acara. Juga kepada Nin dan Amira,dua pelajar Universiti Putra Malaya yang sedang menjalani latihan amali di Taman Negara Endau-Rompin.

Terima kasih juga kepada Encik Bakar,Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor yang memungkinkan pengalaman kami ini.

Kepada porter rasanya tidak payah saya berterima kasih kerana beliau hanya memandang ketika saya hampir pengsan mengalas beg sandang. Namun jika kamu perlukan porter,saya cadangkan kami memilih Arul. Remaja kurus kering ini mengamalkan ilmu hitam bagi memudahkan beliau memikul beg galas yang jika diangkat dua lelaki dewasa pun memerlukan terlalu banyak tenaga.

Terima kasih juga kepada Farid dan Fahmi,dua jurupandu pacuan empat roda kami. Jika panjang umur dan ada rejeki kami di Taman Negara Endau-Rompin Johor,kita akan bertemu lagi.

ps:semua gambar air terjun di ambil di Air Terjun Upeh Guling)