Tuesday, September 28, 2010

radzuan yangku kenal


-kalau maghi nok duduk ssaje,baik dok payoh maghi- kata saya pada Radzuan seminggu selepas saya kenal dia. Dia datang ke Studio Rajawali setiap malam setelah kami berkenalan disatu seminar seni lukis.

Esoknya, dia datang dengan peralatan dan mula melukis. Radzuan adalah pelukis pertama yang menyertai saya di Studio Rajawali.

Dia kemudiannya dengan rajin datang hampir setiap malam untuk berkarya. Lama sebenarnya dia bercuti dari melukis sebelum adanya studio kami. Dibawanya karya-karya lama beliau untuk dipamerkan distudio kami dan semasa awal penubuhan studio ini,karya-karya beliau sangat mendapat perhatian dari pengumpul seni lukis.

Bertugas sebagai guru seni bagi murid tingkatan enam di salah sebuah sekolah di Kuantan,beliau banyak memberi sumbangan dalam melahirkan genarasi pelapis dalam bidang ini.

Akibat dari kesibukkan mejalankan tugas sebagai guru,akhir-akhir ini dia amat jarang datang kestudio lalu mesti-lah kami terperanjat apabila beliau mengumumkan untuk mengadatang pameran solo setelah berakhirnya pameran oleh Abu Yusof.

Rupanya,dalam sesibukkan itu, beliau masih sempat mencari waktu untuk menghasilkan karya-karya baru dan kerana itu, hujung minggu ini akan berlangsung-lah pameran solo beliau seperti tertera di poster dibawah ini.

Kami di Studio Rajawali dengan ini menjemput semua untuk hadir dan bersempena dengan itu,kami juga mengadakan sedikit jamuan hari raya.

Datang-lah beramai-ramai. Tidak cukup makanan,kita makan dikedai.

Friday, September 24, 2010

rupa-rupanya dia seorang yang LEMAH dan LEMBUT

Hari itu dia tidak ada dipejabat. Ke Rimba Kenong katanya.Maka saya terpaksa masuk kebilik dia untuk membuka suis internet.

Saya buka pintu dan masuk,mencari suis.

dan menghampiri suis.
Suis sudah kelihatan.

Tetapi,apa itu hampir dengan suis?

Saya perlahankan langkah.

Betulkah apa yang saya lihat?

Oh!

Li,maafkan kawan,kawan tak tahu. Ni sebab jatuh main futsal dulu ya?

Thursday, September 16, 2010

pelamin anganku senak

Seni (Art dalam bahasa Inggeris) merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan berseni (kreatif) bagi semua kaum dan bangsa di dunia. Pada masa kini, seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali dan dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia-wikipidia-

-alah,anak aku boleh buat.kalau macam ni,nenek aku lukis sambil kencing pon boleh- itu antara kata-kata yang sering didengar apabila memperkatakan tentang lukisan yang kabur (kepada banyak orang),anstrak kata orang yang tahu sedikit.

Benar sungguh kata-kata mereka itu. Memang ada kanak-kanak dan nenek-nenek yang boleh melukis dengan baik namun mengatakan anak kamu atau nenek kamu boleh melukis sebaik pelukis Awang Damit misalnya adalah satu penyataan yang amat dengkal. Kalau dikampung saya,orang begini dipanggil biul batu sebutir.

Seni itu luas,apa sahaja yang kamu lihat ada seninya. Membuka mata untuk membaca tulisan ini juga adalah seni dan semua jenis seni ada harganya. Harga membuka mata untuk membaca tulisan ini adalah dengan rajin sembahyang.

Namun demikian,tinggi rendah harga sesebuah karya seni itu sangat terbuka untuk diperbincangkan.

Tetapi,TETAPI!apa yang kamu akan lihat dibawah ini adalah satu kerja gila yang disamarkan (baca seperti menyamar) sebagai sebuah hasil seni.

Dalam gambar pertama,kamu lihat ruang tamu sebuah rumah yang sisipandang utamanya menyerupai sebuah pelamin. Sayugia diingat,tidak berlaku sebarang majlis pernikah dirumah ini.Semua anak-anak tuan rumah sudah menikah. Cucu paling tuanya pula baru berusia 6 tahun.

Tuan rumah juga tidak menjalankan apa bentuk perniagaan yang berkaitan dengan upacara pernikahan.

Pelamin itu dijadikan titiktumpu sebagai tanda seni. Ini adalah keterlampauan yang sangat melampau dan sangat-sangat menggangu emosi siapa sahaja yang datang sebagai tamu,mentelah pula seorang ahli seni yang sangat hebat seperti saya.

Perhatikan pula lansirnya. Langsir panggung wayang. Bagi kamu yang sedang galak (baca sebagai muda dan teramat bodoh),kamu mungkin tidak pernah kepanggung wayang yang sebenar. Thearter kata orang dulu-dulu. Dan sebelum gambar dipancarkan kelayar,lansir akan diangkat terlebih dahulu. Lansir dirumah dalam gambar dibawah persis langsir dipanggung wayang satu masa dahulu.

Saya tahu,kamu yang seronok membaca novel cinta melayu adalah golongan yang bercita-cita untuk mempunyai lansir yang sedemikian tetapi dengar-lah kata saya, kamu adalah malapetaka jika melansirkan tingkap dan pintu rumah kamu sedemikian rupa.


Labu sayung tidak seni walau apapun yang dikatakan oleh kerajaan. Ianya hanya sebuah bejana untuk mengisi air. Sama seperti botol kicap yang sifat dan tugasnya adalah untuk mengisi kicap.

Lalu botol kicap itu kamu pakaikan dengan bunga dan diletakkan diatas meja yang beralas ropol sebagai hiasan. Seni? Bukan sayang,itu namanya biul batu sebutir.

Bulu merak sangat cantik semasa masih ada pada burung merak. Ianya satu pakej. Burung dan bulu. Dicabut atau tercabutnya bulu itu,kemudian diletakkan kedalam pasu yang dibeli di Air Hitam (jika kamu ada cita-cita untuk memiliki pasu Air Hitam,kamu adalah kemalangan dalam kehidupan manusia) sama seperti kamu menyimpan kulit lebihan semasa kamu berkhatan didalam botol lamu kamu pamerkan kepada umum.Isteri yang selalu membelai err..itu pun akan muntah melihatkan kulit itu apatah lagi orang banyak.

Apa sahaja yang plastik adalah dosa dizaman manusia semakin hijau ini. Banyak negeri kini menyambut hari tanpa plastik sabang bulan. Kita cuma menunggu masa hari berkenaan diistiharkan sebagai cuti umum sedikit masa lagi.

Maka,bunga plastik,pasu plastik dan kuda plastik bukan seni yang sunat dijadikan hiasan. Malah,entahkan haram menjadikan objek ini sebagai tontonan umum. Jika kamu menjemput Saudara Nasir Baharuddin kerumah ini,saya hampir pasti beliau akan memikirkan dengan serius untuk membunuh diri.

Jika kamu seorang pelukis dan kamu melukis sebuah gambaran tentang neraka lalu sesudah siap kamu akan mengatakan yang lukisan kamu itu cantik,maka kamu adalah pelukis yang perlu ikut jemaah tabligh.

Neraka tidak boleh cantik. Ianya tidak dijadikan untuk hiburan walaupun kamu pengikut aliran musik paling hitam atau pengamal foto infra-merah tegar (baca dR.Ali). Ianya tempat paling huduh,paling tidak mesra. Ianya dijadikan sebagai siksa. Melihatnya sahaja adalah siksa seperti mana kamu melihat gambar-gambar infra merah dR.Ali. Mana mungkin sesuatu yang sememangnya jahat (baca syaitan) digambarkan sebagai keindahan. Mungkin ada seninya disitu,tetapi memanggil neraka sebagai cantik adalah mutlak kesilapan.

Kemudian kamu pakaikan tong sampah dengan ropol dan anggap itu sebagai cantik.Aduh!

Mungkin kamu akan mengatakan yang keindahan itu tergantung siapa yang melihatnya dan kamu tentu akan silap disitu.

Yang indah tetap akan indah siapapun yang melihatnya (baca Nabi Yusuf alaihissalam) dan yang jelek tetap akan jelek siapapun melihatnya (baca neraka).Yang membezakannya adalah citarasa kamu.

Lalu jika kamu sama cita rasa dengan tuan rumah diatas (saya mahu menipu dengan mengatakan yang rumah berkenaan adalah rumah dR.Ali,namun dalam kezaliman,saya masih ada kasih sayang), kamu adalah punca kemusnahan tamadun manusia.

Monday, September 13, 2010

semoga aman


Dulu, tukang tuam bengkak dan benjol akibat bertumbuk adalah Makcik Ha. Saya jika kerumah Makcik Ha,wajip akan bertumbuk dengan Ra-e,sepupu saya dan makcik Ha akan mengambil abu dapur kayu,dibungkusnya dengan kain dan dituam ke lebam ditubuh saya. Ra-e dan saya kekal menjadi sepupu rapat sehingga hari ini. Bila difikirkan balik, kami sepupu-sepupu seperti adik beradik,amat rapat.

Untuk mendapatkan wang kocek yang lebih dari biasa,saya akan ke rumah Mak Teh,anak cina yang diangkat menjadi keluarga dan bernikah dengan Ateh,abang kepada Mok. Dalam keluarga kami ada dua anak cina yang dijadikan anak angkat.

Mok tidak akan berikan wang lebih dari yang saya perlukan jadi Mak Teh adalah tabung kecemasan yang langsung tidak ada kata tolak bila diminta.

Mok rajin menyediakan minum petang dengan bermacam jenis kuih-muih dan Mok memang sangat handal dalam hal masak memasak.Mak Cik Yee juga begitu. Keluarga kami memang terkenal sebagai satu keluarga yang handal dalam masakan. Aicik,suami Mak Cik Yee dan Anjang,abang Aicik adalah jurumasak terkenal dizaman mereka.Datok saya juga seorang jurumasak. Jadi saya mendakwa yang saya mempunyai hak untuk bercakap perhal makanan.

Salah satu kepandaian Mok adalah dalam menyediakan kuih bangkit. Rangup dan cair didalam mulut,namun Mak Cik Yee mempunyai satu senjata sulit dalam menyediakan kuih bangkit. Kuih bangkit Mak Cik Yee ditambah daun limau purut dan secara rahsia,saya lebih gemarkan kuih bangkit Mak Cik Yee.

Selain kuih bangkit,tomyam adalah rakan baik daun limau purut.Kari,asam pedas,kuih keria atau sagun atau apa sahaja makanan yang ditambah daun limau purut dalah kerja manusia sakit jiwa. daun limau purut juga amat baik dijadikan syampu rambut.

Entah kerana apa,selama Mok membuat kuih bangkit,tidak pernah sekali pun kuih bangkit Mok ditambah limau purut. Agak saya adalah ini lerana adanya 'mutual understanding' antara mereka. Mok Dan Mak Cik Yee memang rapat. Mak Cik Yee adalah kakak ipar Mok.


Saya merasa bertuah kerana mempunyai ramai emak. Semua ibu saudara saya adalah seperti ibu saya sendiri. Dan seperti yang saya katakan tadi,kami sepupu-sepupu adalah seperti adik beradik.

Mak Cik Ha sudah lama meninggalkan kami. Dia kakak Mok yang paling sulong. Mak Teh Masih ada. Kadang-kadang sihat,kadang-kadang tidak.

Mak Cik Yee diserang angin merah beberapa tahun dahulu. Saya ada menulis satu sajak mengenai peristiwa itu,namun setelah cuba,saya tidak dapat mengesan sajak berkenaan didunia siber ini. Judulnya saya lupa,yang saya ingat ada perkataan alias dan khairiah didalam judulnya itu.

Mak Cik Yee sangat cantik orangnya. Ratu kebaya tahun 1960. Menikah awal remaja kerana sangat menjadi rebutan. Pernah menjadi guru kelas dewasa seperti Mok.

Dari semua sepupu,saya paling rapat dengan anak-anak beliau. Semua anak-anak beliau pangkat adik dengan saya lalu sehingga hari ini semua anak-anak beliau memanggil saya dengan panggilan 'abang',satu panggilan yang hanya berlaku kepada adik-adik saya dan anak-anak beliau. Sepupu lain memanggil saya dengan gelaran JFK (uhuk!).

Setelah diserang angin merah,Mak Cik Yee agak terbatas pergerakannya. Hati menjadi hiba melihat satu susuk yang dulunya gagah perlu dibantu dalam banyak hal.

Petang hariraya pertama baru-baru ini, saya pergi menziarahi beliau. dari Cantik,anak perempuan beliau,saya diberitahu yang beliau tidak mahu makan dan bercakap sudah beberapa hari.Cuma minum. Beliau sihat seperti selalu.lenguh berbaring,beliau bangun.Puas duduk beliau baring. Sempat saya duduk bersama beliau untuk beberapa lama dan setelah itu,saya pulang.

Hari raya kedua,saya mendapat panggilan talifon dari adik saya mengatakan mak Cik Yee masuk hopital. Saya batalkan acara ziarah dan bersiap untuk kehospital.

Sebelum sempat saya sampai kehospital,adik saya menalifon lagi. Kali ini untuk memberitahu yang makcik saya sudah pulang kepada tuhan.

Jika kamu bukan dari keluarga saya, kamu memang tidak kenal akan makcik saya ini dan saya pula bukan seorang yang suka meminta-minta namun untuk kali ini saya memohon agar kamu sama mendoakan agar makcik saya ini dipermudahkan oleh tuhan segala jalan beliau untuk menuju kehidupan abadi.

Selamat jalan Makcik.

(Mak Cik Yee paling kanan dalam gambar diatas dan budak lelaki berkepala besar tidak muat songkok itu adalah saya. kepala besar itu menunjukkan yang saya memang dilahirkan cerdik)

Friday, September 03, 2010

krusus mengfoto gaya saya.



Satu gambar seribu makna,kata pepatah cina. Pepatah biasanya asal sudah lama. Zaman dahulu. Apa yang kamu belajar dari pepatah cina ini? Tentunya adalah betapa bangsa cina ada mempunyai pepatah mengenai kamera. Sudah maju benar mereka zaman dahulu.

Bandingkan pula dengan pepatah bangsa melayu yang semuanya berbunyi sangat kuno.Bagai aur dengan tebing misalnya. Tidakkah kamu merasa malu menyebutnya ditengah khalayak hari ini bagi menyatakan betapa kamu saling bantu membantu?
Melayu memang bangsa yang agak bodoh.

Apa pula yang kamu belajar dari sekeping gambar diatas? Tentunya dihari sukan sekolah, melayu akan menjadi athlitnya,apabila atau bagi mengelakkan melayu sakit,cina akan menjadi pemberi ubat dan india akan jadi pengipas menghilang panas atau menambah sejuk,pilih mana yang kamu suka.

Foto-foto begini jika menyertai apa-apa pertandingan ajuran kerajaan akan mendapat tempat pertama dengan beberapa hadiah sampingan yang amat tinggi nilainya dek kerana teramat bermaknanya gambar ini dalam mengambarkan kepelbagaian kaum di Malaya ini.

Untuk menjadi jurufoto yang baik,kamu wajip menjadi seperti saya.

Tidak ada bayaran yang saya kenakan untuk siri pertama dalam krusus bagaimana meng-foto manusia untuk kali ini. Dimasa-masa akan datang,mungkin akan saya kenakan bayaran,

Terima kasih dan jika saya tidak menulis sehingga hari raya, Selamat menyambut hari raya aidil fitri. Ampun maaf dipinta adatas segala dosa. saya mahu masuk sorga.