Sunday, February 06, 2011

dua yang meruntun-jiwa

baca apa kata kurator RUNTUN disini.




Ini Abdullah Hamdan atau lebih dikenali sebagai Acai.

Agak rasis bunyinya memanggil seorang lelaki melayu yang berkulit gelap dengan panggilan nama yang biasanya dikhaskan kepada kaum cina. Namun,kita kini duduk dalam negara yang meng-hero-kan penghapusan bangsa-bangsa asal dan diganti dengan satu bangsa yang direka demi sevival politik,maka panggil apa sahaja kepada sesiapa pun,akan dimaafkan.

Atau dibawah tulisan ini akan diletakkan glosari bagi menjaga hati. Penghinaan kepada karya,jika kamu tanya saya,namun,politik begitu-lah,hulur apa yang dimahukan oleh pemilih dan kamu akan kekal berkuasa.

Acai adalah lelaki yang mensia-siakan kehidupan seninya dengan memberi terlalu lebih tumpu kepada agenda hatinya atau kamu boleh baca sebagai -Acai terlalu asyik mencari cinta- dan juga membuang masa memasak dan menunggu pujian hasil dari airtangannya itu. Ya,benar masakannya mendapat pujian hingga ke Muar sana namun Acai lupa yang pujian tidak membolehkan talifonnya di-topap.

Saya mengenali Acai sewaktu beliau bertugas dengan Balai Seni Lesu Negeri Pahang. Ketika itu beliau adalah Penolong Kurator dan juga tukang sapu,tukang potong rumput,penyambut tetamu,penghapus anai-anai,tukang halau monyet,tukang bercakap dengan jin,tukang jawab talifon dan juga tukang kena marah. Semua tugas itu dilakukan dengan penuh ikhlas atau jika kamu suka, boleh saja kamu katakan yang beliau kadang-kadang dibayar gaji dan banyak kadangnya beliau langsung tidak dibayar gaji.

Nasib yang sama juga sedang dialami oleh petugas di Balai Seni Lesu Negeri Pahang ini, dibawah pimpinan Dato Maznah Mazlan,Timbalan Menteri Sumber manusia yang sangat dihormati itu. Khabarnya sudah 9 bulan belum dibayar gaji.

-pasir cicah kicap sedap jugok jones,kata petugas itu kepada saya kali terakhir kami bertemu.

Jika kamu kenal atau terbertemu dengan Dato diatas,beritahu beliau STUDIO RAJAWALI kirim salam dengan ucapan, kalau ada projek,pas-pas-lah kepada kami.

Acai kemudiannya dengan rela menganggotai Studio Rajawali.Bayangkan! STUDIO RAJAWALI menyambar pekerja BALAI SENI LESU NEGERI PAHANG.Kami memang terrer.

Beliau antara pelukis hasil didikan pelukis terkenal dan juga presiden SENIKA iaitu Persatuan Seni Lukis Dan Seni Reka MELAYU Pahang, En.Shaimy Hashim.

Dan kami di Studio Rajawali mengakui yang jika Acai tidak sibuk melayan jiwa dan memasak sedap-sedap,beliau adalah pelukis yang sangat hebat. Kami sangat berharap Acai akan lebih menumpukan kepada seni lukis lebih dari menumpukan kepada kerja sia-sia itu tadi.


Jika The Beatles ada Yoko Ono dan Nirvana ada Courtney Love,Studio Rajawali ada Nur Najihah Lee Abdullah, pengamal kitar semula tegar.

Sebelum menjadi guru dan pelukis,beliau boleh dilihat dilorong-lorong belakang pasaraya-pasaraya,mengutip kotak kertas untuk dijual. Dan beliau juga pernah merakam suara kepiring hitam. Jika kamu terdengar jeritan-mai jiu bao zhi- dari lori surat khabar lama dikawasan kamu,besar kemungkinan suara dari pita itu adalah suara beliau.

Dimasa lapang beliau gemar memanjat pokok.

Dibawah adalah antara karya beliau yang amat birah dan gatal yang akan dipamerkan dalam pameran RUNTUN yang akan diadakan di STUDIO RAJAWALI bermula jam 2:30 petang pada 12/02/11 bersama Abdullah Hamdan.

Acai tidak membenarkan kami merakamkan karya terbaru beliau. Nak bagi suprise,kata beliau. Rahsia sebenar adalah kerana beliau belum siap melukis.Sibuk melayan kekasihnya yang banyak itu barangkali. Jika kamu adalah kekasih beliau ketika ini,sayugia diingatkan yang kamu bukan satu-satunya kekasih beliau.


kami dengan rendah hati ingin menjemput semua untuk hadir pada hari tersebut. Tidak ada maki-makian jika kamu tidak datang cuma kami akan mengambil kedatangan pada hari tersebut.

Ianya sebagai panduan kepada kami untuk menilai siapa kawan dan siapa sahabat dan juga sebagai ingatan kepada kamu siapakah yang akan kami beri untung kelak bila kami telah terlalu kaya.

Kumpulan jurugambar yang biasanya banyak memberi sokongan kepada kami juga dijemput hadir. Kami sayang kamu.ahaks.

No comments: