Monday, April 04, 2011

si pitak sudah dewasa dan bertugas sebagai peon kastam di kuantan.dan seperti peon-peon jabatan kerajan yang lain,polis dan jpj misalnya, beliau kaya

Cerita-cerita yang saya baca semasa membesar dahulu biasanya adalah cerita-cerita yang banyak memberi pengajaran. Dan tentunya buku yang paling tidak saya lupa adalah buku kisah Si-Pitak,cerita mengenai seorang budak lelaki botak yang nakal.

Mengingat kembali kisah Si-Pitak biasa membawa saya kezaman yang amat ringkas. Satu zaman yang tidak mungkin saya rasai kembali dan saya juga amat yakin yang anak-anak hari ini-pun tidak ringkas hidupnya. Mereka kebanyakannya mati khayal.

Tidak ada lagi kanak-kanak yang berimaginasi bila membaca. Kini semua imaginasi dibikin oleh orang lain dan kanak-kanak tinggal 'menontonnya'. Malang hidup mereka kerana kebanyakan imaginasi kanak-kanak ini adalah apa yang kononnya mereka rasa dek kerana yang berimaginasi untuk mereka itu ada-lah manusia dewasa dan tentunya si dewasa ini ada kepentingan kewangan dalam berimaginasi.

Kita cuma tinggal berdoa semoga kapitalis yang menyogok imaginasi kekepala anak-anak kita cuba mahu-kan wang dan tidak ada agenda lain. Mempengaruhi mereka untuk ber-poco-poco misalnya.

Satu cerita oral yang selalu Mok ceritakan kepada saya zaman lampau adalah KISAH SEMUT DAN CENGKERIK. Saya pasti ramai diantara kamu yang tahu mengenai kisah ini,atau jika kamu tidak tahu,mari saya ceritakan;

Sang Cengkerik adalah serangga yang sentiasa gembira.Ke hulu-ke-hilir memikul biola. Mengeseknya ketika hampir malam, "ce mu dengo mmolek,tu..tu..hok soksek-soksek tu cengkerik tengoh main biola la tu.." kata Mok jika bercerita ketika senja.

Satu hari,Sang Cengkerik bertemu dengan Sang Semut.Dilihatnya Sang Semut sedang gigih berkerja. mengumpul itu ini. Lalu Sang Cengkerik pun menegur Sang Semut;

assalamualaikoum semut-kata dia kepada semut. Saya syak Mok sengaja menambah kata salam itu demi untuk menerapkan nilai-nilai islam dalam cerita .

wa alai kumus salam-jawab semut.

mengapa rajin sangat berkerja? mari enjoi,aku gesek biola,kamu menari. kita ronggeng sampai pagi! kata cengkerik kepada semut.

musim bertukar akan tiba.tidak lama lagi akan datang musim kemarau.makanan dan lain-lain barang akan berkurang.adalah lebih baik kita mengumpul dari sekarang agar senang dihari kemudian-kata semut kepada cengkerik.

hahahahahaha,adalah lebih baik kita enjoi dari letih berkerja. entah-entah sebelum esok kita mati terkena racun serangga-jawab cengkerik.

tak apa-lah.kamu enjoi,aku mahu terus mengumpul dan mengumpul buat bekalan aku dan keluarga serta tujuh keturunan kami yang mendatang-jawab semut dan terus berkerja.Diambilnya apa sahaja yang lalu depan mata. Makanan,jongkong emas dan juga wang kertas. Dibawanya pulang dan disimpan dibawah katil jika semua saudara-maranya telah digunakan namanya.

Sang Cengkerik terus-terusan bergembira.

Biasanya.sampai disini Mok akan berhenti untuk sembahyang Isya dan jika tidak makan malam,Mok akan menyambung lama ibadatnya. tadarus dan sebagainya. Maka kisah semut dan cengkerik akan disambung dimasa lain. Jadi bagi menghormati Mok,saya juga akan menyambung kisah ini dimasa lain.

Semalam saya jumpa Mok. Sedang kami berbual tentang pembahagian harta keluarga yang teramat banyak itu,tak semena-mena Mok bertanya; mu ingat lagi kisah semut dan cengkerik?

Ingat-jawab saya.

Dulu mok lupa nok kabo-kata Mok.

Kabo apa? tanya saya.

Semut tu keje kastam- jawab Mok.

ooo...- jawab saya dan tergelak. Mok pun tergelak sama.

2 comments:

bujal X said...

terasa sungguh.

Anonymous said...

i likeee okkk....