Thursday, April 21, 2011

tanpa tajuk

Itu-lah,menteri paling tinggi jawatan-nya dengan penuh yakin membela, kata dia email gila itu dibayar oleh wang swasta,bukan dari kofer negara.

Itu-lah,menteri paling tinggi jawatan-nya itu,jika benar pun bukan wang negara yang digunakan,apa tidak boleh gamak-nya dia sebagai cerdik memberi nasihat kepada syarikat terbabit supaya tidak mengalirkan wang sebanyak itu -50juta katanya- kepada kerja gila seperti itu.

Itu-lah, apa tidak tahu-kah dia jika wang sebanyak itu dijadikan biasiswa pelajaran contohnya, akan juga membawa publisiti yang baik bahkan terlebih baik dari kerja gila membina email rakyat. Kita pun tidak marah sangat kerana wang itu,tidak kira dari kocek siapa,adalah untuk usaha mencerdik.

Itu-lah, tidak ada lagi negara dari mana-pun dunia yang membuat kerja menghabiskan wang sebanyak itu hanya kerana mereka mampu. Tidak banyak negara yang berani membazir dan berbangga-bangga.

Bodoh adalah satu perkara.Banggabodoh adalah satu perkara lain.

Itu-lah,kita tidak peduli bila bermacam 1Malaya yang dibayar. Kita tahu ini usaha untuk kekal popular.Tetapi,dengan sepuluh jari tersusun rapi,kami pohon, berhenti-lah lakukan kerja-kerja bodoh begini.

Kami sudah faham apa itu 1Malaya,sungguh! Sekarang sila mula berkerja untuk kesejahteraan kami. Wang gaji yang kamu dapat adalah untuk ini bukan terus-terusan bodoh-bodohan, oh menteri paling tinggi.

Itu-lah,sudah-lah,sudah. Kami bosan.

4 comments:

Anonymous said...

setuju..

-pembaca senyap.

Lily Abdullah said...

Menteri tahap bangang

Bilik2 promote benda bodoh

Anonymous said...

gua stuju sgt dgn lu brader!
bile la malaysia nak ramai org mcm lu brader...

mikhaelahmad said...

ape gile dok promote satumalaysia je, ye dop.