Tuesday, June 28, 2011

saya mahu jadi komunis



Kesian Pak Samad,dalam usia setua itu masih dianggap ancaman.Disesetengah tempat,banduan yang setua itu mungkin diampunkan kesalahannya lalu dibebaskan.Tidak kita kerana kita ada bangsa materil yang akan lakukan apa sahaja demi kuasa.

Bukan sedikit suara-suara yang didengar mengatakan betapa Pak Samad seharusnya terus berkarya tanpa tunduk kepada meyentuh soal politik. Malah ada yang hingga mengatakan yang Pak Samad digunakan oleh pihak yang tidak menang-menang itu. Pak Samad pada pendapat mereka hanya perlu hanyutkan pembaca dengan cinta-lara,atau momokkan mereka dengan hantu siang-malam.

Kemudian tidur. Beliau sudah tua,perlu rehat,kata mereka berjenaka,bodoh.

Ini-lah penyakit negara ini.Siapa sahaja yang mengkritik adalah pembangkang.Sifir penduduk negara bodoh.

Suatu waktu dahulu,jika kamu memang dilahirkan dan dibesarkan di Tanah Besar China,kamu adalah manusia yang perlu tunduk bila 'melihat'maharaja kerana pada pendapat mereka maharaja adalah jelmaan tuhan.Tidak ada langsung suara yang membantah kerana sejak lahir itu-lah yang diasuk kedalam kepala.

Tidak ramai yang nampak permainan politik orang-orang yang dekat dengan maharaja.Mereka yang duduk atau berdiri disamping maharaja perlu mengekalkan maharaja ditakhta demi kepentingan suvival mereka. Dan tentunya mereka-mereka ini walau telah terlalu kaya adalah tamak.

Kemudian dari itu setelah berlaku revolusi,China diperintah pula orang kerajaan komunis. Ini adalah kerajaan kebajikan dalam erti kata yang sebenar jika ianya dilaksanakan dengan benar.Jika tidak kerana adanya Islam yang terbaik ini,maka saya sendiri aku mahu menjadi komunis.

Komunis kononya adalah suatu kerajaan yang milik rakyatkan segalanya. Jika kamu masih ingat,suatu masa dahulu,segala barang buatan negara China akan dilebelkan sebagai 'buatan rakyat republik china'.

Dalam negara komunis China,rakyat wajip menerima dengan taat apa sahaja yang diperintahkan oleh abang besar. Rakyat tidak dibenarkan mengkritik kerajaan. Yang perlu rakyat lakukan adalah berkerja untuk negara.Jangan persoal upah dan jangan persoal untung.

Lihat siapa yang kaya hari ini dinegara China kalau bukan bekas genaral itu ini dizaman tertutupnya dahulu.

'jangan tanya apa yang negara boleh buat untuk kamu tetapi tanya apa yang kamu boleh buat untuk negara' kata Kennedy,ini yang dipakai oleh politikus konon sebagai mantra wajip kepada rakyat mana negara sekalipun.

Lalu kita pun bertanya kepada politikus mana negara sekalipun,apa pula sumbangan politikus kepada rakyat? Selain bantuan kecil-kecilan kepada orang tempat mereka menjadi wakilnya,beri beg sekolah,melawat orang kampung tempat mereka meninggal dunia dan sebagainya,apa yang mereka lakukan selain berlawan sesama mereka untuk merebut atau kekal berkuasa?

Hari ini kita adalah rakyat negara China dizaman maharaja dan komunis dicantum.

Langsung tidak boleh bersuara.Langsung tidak boleh mengkritik.Kita cuma perlu angguk setuju apa sahaja yang dilakukan oleh pemerintah tanpa perlu berfikir kerana berfikir adalah pembangkang,berfikir adalah kerja setan.

Lalu semua orang otomatis menjadi musuh negara sehingga mereka menyokong kerajaan. Sifir siapa yang mereka gunakan jika tidak sifir para diktator.

Maka tidak hairan nanti disuatu masa,pembunuhan seperti yang berlaku di Filipina tempoh hari akan berlaku disini kerana memegang kuasa adalah matlamat hidup politikus dari mana parti pun,kerajaan atau pembangkang.

Pak Samad saya percaya bukan mewakili mana-mana parti. Beliau pada saya adalah orang yang mahu bertanggungjawab. Mahu melihat kebaikkan.

Boleh sahaja beliau diam dan terus-terusan menjadi simbol kepada keagungan sastera negara tetapi bukan semua sasterawan negara dilahirkan untuk jadi tukang angguk. Ada diantara mereka yang tidak senang diam bila buruk berlaku didepan mata.

Menegur, selama mana ianya adalah untuk baik,maka datang dari siapa pun ianya wajip diterima.

Mentaliti berpuak yang ada hari ini amat jauh lagi waktunya akan terhapus tetapi sesuatu harus dilakukan sebagai langkah mula.Tanpa langkah ini maka kita akan jadi seperti apa yang berlaku di negara-negara dimana satu puak membunuh satu puak lain kerana beza bangsa misalnya. Disini mungkin semangat bangsa sedikit longgar (walaupun dalam kepura-puraan) tetapi semangat bunuh lawan politik adalah terlalu kuat. Kita jadi bangsa yang bodoh.Bangga menaikkan siapa sahaja tanpa mengira buruk baiknya mereka demi memenangkan parti.

Contoh paling mudah,kita tidak lagi memilih agama sebagai menantu tetapi menjadikan harta sebagai calon pilihan suami kepada anak-anak gadis kita.Kita nampak jika bermenantukan orang kaya,jika tidak dapat wangnya sekalipun,kita akan dihormati dek kerana gahnya harta kekayaan dia.

Malang sebenarnya hidup kita hari ini dimana kebebesan untuk berkarya disekat. Kita tidak lagi melahirkan manusia kreatif. Yang ada hari ini cuma kakitiru yang tidak beridentiti. Semua mahu selamat lalu kita juga melahirkan insan penakut yang tahunya hanya ampu dan ampu.

Politikus pula terdiri dari mereka-mereka yang yatim barangkali,dahagakan kasih-sayang dan kata puja-puji.Tidak lagi turun melihat malang yang menimpa rakyat.Dan jika turun sekalipun,dengan agenda untuk berkempen. Dibunuh-mati sekalipun,tidak akan ada politikus,kerajaan atau pembangkang yang bertemu rakyat hanya dengan niat sepertimana anak datang menziarahi ibunya.Semua datang dengan tujuan menang hati untuk menang undi.

Dan kita yang bodoh ini pun berkelahi sesama kita,menegakkan politikus kesayangan kita yang semua sedia maklum adalah benang yang teramat basah.

Kita tidak mahu jadi seperti rakyat negara-negara arab yang setelah sekian lama dihanyutkan dengan ganja dan bolasepak tiba-tiba sedar ditipu pemimpin mereka dan bangun melawan.Negara ini masih boleh diselamatkan jika sekira kita mahu kerana kemarahan kita masih lagi bukan marah yang lapar darah.

9 comments:

Pak Samad said...

Terimalah kasih Abdullah Jones kerana memberi saya satu bahan bacaan yang amat bernas pada hari ini.

BehzadKhairiah said...

rumus: mengkritik tak bereti menentang, menyetujui tak bererti menyokong, tegur tak bermakna benci, dan beza pendapat itu adalah kawan berfikir yang baik.
*semakin hari semakin muak dgn perlakuan sebahagian politikus... selamat membersih sesuatu yg terlalu lama kotor!

In transit said...

kita semua adalah komunis, secara senyap

kan?

VersedAnggerik said...

Pada pendapat saya, amat bacul lah mereka yg menyeret Pak Samad untuk diambil kenyataannna hanya kerna beliau berkarya dari hati nuraninya. But then, this a group of people who has got no respect even for the ulama', what makes us think that they will respect a poet, kannnnn?

Hashim Zabidi said...

AJ mahu jadi komunis?
Jangan AJ. Nanti semua orang takut. YB YB takut, Menteri menteri takut dan PM pun takut.

Le ni sudah ada bau komunis. Bau komunis tu busuk macam bau hantu Mak Limah ke atau lebih harum dari bau isteri-isteri mereka? maka membuat mereka jadi takut.

Oh! bukan, yg pastinya mereka takut ialah bila harta kekayaan mereka dihakmilik-negarakan.

karl said...

Perang Dingin dah lebih 20 tahun berakhir.

Tapi sampai sekarang Malaysia takut komunis.

Siapa2 yang nak menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam, sampai sekarang ditanya dalam borang tapisan keselamatan kasar - sama ada menyokong komunis atau tak.

Bodoh betul,

endiem said...

mana ada komunis... komunis dah pupus sekian lama..

Bunga Rampai said...

Terima kasih Pak AJ tulisan ini. Sangat menyedarkan. Pembakar semangat juang. Sebak dada membacanya, hampir tertitis air mata.

Salam :)

Mael Bandung said...

mestilah takut pada komunis...itulah tujuan belajar sejarah..ambil iktibar..takkan nak sejarah berulang kembali..

...............
OH! AURAT WANITA
BEBELAN 1/BEBELAN 2