Saturday, July 09, 2011

surat terbuka untuk sebuah musium

Assalamualaikoum.

Semoga tuan dalam keadaan yang amat diberkati.

1.Pertama-tama,kami ingin mengucapkan sejuta tahniah diatas berlakunya pameran yang kedua anjuran pihak tuan.

Awal penubuhan tuan setelah bertukar fungsi,tuan telah mengadakan sebuah pameran yang amat baik dimana tuan telah menjemput penari dan aktivis seni terkenal tanah air . Kami amat gembira dengan adanya pameran tersebut. Setidak-tidaknya,pameran itu mula membuka mata khalayak tempatan untuk mula dekat dengan kegiatan kreatif yang mana selama ini dipandang sebagai kerja para elitis.

Selepas dari itu,kami sendiri pula yang mengadakan pameran. Dengan penuh rendah diri kami mengatakan yang pameran kami juga adalah satu pameran yang berjaya dimana kami telah mengumpul lebih dari 300 keping lukisan yang datangnya dari pelukis seluruh negara.

Namun pameran yang kami anjurkan itu tidak dapat kami kreditkan kepada pihak tuan atas sebab yang malang.

Pihak tuan hanya menyediakan tempat tanpa sebarang kerjasama.

Kami mengandaikan yang pihak tuan merasa terpaksa melakukannya. Harus diingat yang kami tidak meminta untuk berpameran disitu tetapi kami dianjurkan supaya membawa pameran yang sepatutnya berlaku ditempat kami berpindah di premis tuan. Sumpah kami bukan kroni sesiapa dan tidak pernah meminta pertolongan mana-mana ahli politik.

Maka pameran kami itu tidak kami masukkan dalam senarai pameran yang telah tuan jalankan.

Kemudian dari itu, tuan mengadakan pula satu pameran seni menghukum manusia. Katanya ia dibawa dari Andalusia sana.

Pameran ini juga kami padamkan dari ingatan kerana sebagai sebuah badan yang mewakili pekerja seni, tidak manis untuk tuan membawa acara fun-fair ke premis yang berprestig ini.

Lalu,acara mensucikan seni pantai timur yang sedang berlangsung sekarang ini boleh-lah dianggap sebagai acara baik dalam kerja-kerja seni dari pihak tuan.

Sekali lagi kami mengucapkan syabbas!

2. Kami merasa hairan apabila semua (2 ) yang tuan jalankan perlu dipertontonkan sehingga enam bulan. Mengapa perlu terlalu lama untuk satu-satu pameran. Masa yang dicadangkan,bagi satu badan yang tidak mencari keuntungan adalah satu bulan.

Pihak tuan perlu tahu yang pengunjung premis tuan terdiri dari kelompok yang sama. Mereka akan datang bila sahaja ada acara baru dijalankan. Maka, jika enam bulan diperuntukan untuk satu-satu pameran.Kami amat yakin yang pameran tersebut hanya akan berpengunjung pada minggu pertama. Lima bulan 3 minggu seterusnya bahan pameran akan melihat sesama sendiri. Atau jika tuan memang bercadang untuk mengadakan pameran seram selepas setiap pameran,maka bertuah benar kerana selepas minggu pertama,hanya hantu yang akan bergentayangan di premis tuan.

Apa alasan tuan mengadakan pameran setiap enam bulan? Kurang kakitangan? Tidak cukup acara? Malas berkerja? Atau tuan ini memang jenis sombong bodoh yang tidak mahu berkerjasama dengan siapa sahaja yang tidak duduk dalam kelompok tuan?

2.5. Kami tidak peduli siapa pun yang tuan jemput untuk memeriahkan premis tuan dan kami sedapat mungkin akan memberi sokongan kepada mereka.

3. Dalam zaman susah wang ini, pihak tuan tidak sepatutnya membelanjakan tiga ratus ribu ringgit untuk acara pembukaan satu-satu majlis. Mentelah pula acara yang dilaksana itu tidak segah yang tuan harapkan.

Bersilat dua minit.Menari dua minit.Berfesyen tradisional 2 minit dan berfesyen masakini 2 minit. Melepas batuk ditangga pun mengambil lebih masa.

Ianya tidak lebih adalah satu suapan kepada ego tuan.

Apa-kah sumbangan majlis itu kepada rakyat? Majlis terbuka yang tuan adakan seolah suatu majlis tertutup. Tanpa penghebahan.Seperti sebuah majlis rahsia.Bimbang datang sikurap yang bakal memalukan majlis tuan barangkali. Mungkin tuan lupa siapa yang membayar untuk majlis satu malam tiga ratus ribu ringgit itu. Mari kami ingatkan,WANG RAKYAT.

Tahukan tuan apa yang boleh dilakukan dengan wang sebanyak itu atas nama seni? Jika diadakan satu pertandingan melukis misalnya,ianya akan menjadi satu pertandingan melukis paling gah dinegara ini.

Dengan pertandingan tersebut,tuan akan dapat mengumpul berpuluh-puluh karya rakyat negara ini dan suatu masa nanti ianya akan menjadi khazanah negara.

Atau jika tuan memang tidak suka akan lukisan,adakan apa sahaja acara yang dapat membawa pulangan kepada negeri atau negara.Pertanding menari misalnya jika tuan memang suka akan tari-menari. Kita tidak lagi mahu majlis huhahuha yang diadakan hanya untuk memuaskan hati segelintir.



3.Tuan memegang amanah yang besar dan kami tahu ianya satu amanah yang teramat berat. Tetapi tuan menjadi sebuah musium yang bodoh apabila tuan hanya mementingkan diri.

4. Akhir kata,kami mendoakan agar tuan sentiasa benar dalam apa sahaja tindakan dan semoga tuan menjadi sebuah premis yang teduh buat siapa sahaja. Jadikan ia suatu temat yang teramat mesra tidak tinggi hidung.


Wassalam.

abdullahjones


ps: kakitangan tuan akan kelihatan lebih manis jika sedikit lebih ramah.


9 comments:

patungcendana said...

:-)

patungcendana said...
This comment has been removed by the author.
MushroomCute@Mariea said...

Jika 300k itu diberikan kepada Jabatan kami, banyakkkk sungguh acara yang dpt kami jalankan. Berbatang-batang pokok dapat kami beli, tanam atau edarkan....alangkah ruginya... :(

Bard said...

uish ..luahan perasaan aj ...baguih teruskan perjuangan menentang birokrasi dan karenah orang besar besar...good job bro

mohamadkholid said...

tak rasmi-rasmi, tak boleh ke?

matahati said...

update la!

sukahatiakula said...

awak x mencapai standart yg digariskan oleh muzium...awak suka2 hati ckp...seperti org yg busuk hati...adakah anda mengamalkan seni yg buta..menempelak org lain tampa bertanya...nmpknya anda seperti org yg bodoh sombong dan buta..sy pn heran kenapa anda tidak rasa bersyukur......x salah bertanya dr sesat jln....sy rs anda perlu tahu dan memahami apa beza muzium dan galeri jualan lukisan>>>>>

ps_seni bukan letak pada jambang atau harga pada lukisan....jiwa murni lg bersih...adalah seni yg hebat.....

sukahatiakula said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

adalah lebih baik anda beri komen secara berhemah.....dan...memberi pandangan anda secara positif...baru org boleh terima pandangan anda....adakah cara org seni sebegitu? yg memberi komen secara kasar begitu?????