Waktu itu,kebanyakkan kami suka musik yang pelbagai. Itu zaman peralihan kami,zaman mencari minat untuk kekal dengannya hingga hari ini. Dan jika waktu itu kamu berada dikalangan kami dan kamu suka Iron Maiden maka kamu adalah seperti kumpulan black metal pada zaman ini. Brutal dan secara senyap menjadi bahan lawak kami.
Ada satu kumpulan dari sebuah kampung yang jika kebandar dihujung minggu akan memakai kemeja tee hitam dengan apa sahaja gambar kumpulan Iron Maiden. Jangan tidak percaya jika saya katakan yang semua mereka akan berpakaian seperti yang disebutkan.
Jika mereka keluar 15orang,maka semua mereka akan beruniform demikian. Dan seorang dari mereka,kita panggil sahaja dia sebagai rimE ada masanya masuk dalam kalangan kami.
rimE kemudiannya berkerja namun minat mendalam beliau dengan Iron Maiden kekal. Tinggal serumah dengan beliau boleh menghasilkan perbalahan besar jika tidak kerana didikan keluarga supaya banyak bersabar dalam kehidupan dan ambil sisi jenaka dalam setiap hal.
Saban hari,bila sahaja rimE berada dirumah yang dikongsi,akan berkumandanglah suara Paul Di'anno dan kemudiannya Bruce Dickinson memenuhi seluruh pelusuk .
Sehingga-lah suatu hari beliau kecewa dalam cinta.
Hari itu kami tidak mendengar apa-apa musik sehingga lewat tengah malam.Sayup-sayup kami dengar irama germersik dari bilik rimE. Antara kedengaran dan tidak.
Kami bersungguh cuba mengenal pasti suara siapa dan musik apakah yang dimainkan oleh beliau. Setelah pasti, kami pun membuat nota-minda.
Hujung minggu itu kami pergi berjumpa Jah,perempuan kedai musik yang terkenal itu dan kini menjadi jiran saya dan sering melambai minta saya datang kepada dia setiap kali melintas depan rumahnya,jika berkebetulan. Cuma saya masih malas untuk berhenti dan berbual dengan beliau setakat ini kecuali senyum dan melambai kembali.
Kami minta sebanyak mungkin poster Endang S Taurina,penyanyi yang suaranya kami dengar datang dari bilik rimE malam itu dan kami tampal keseluruh bilik rimE.
Kamu reka sendiri-lah akhir cerita ini. Saya malas menulis.
ps: hingga hari ini dan setelah menjadi pegawai besar,rimE masih dengan kemeja tee Iron Maiden-nya dan sewaktu kumpulan musik itu datang ke Bali atau Jakarta baru-baru ini beliau adalah antara penontonnya tetapi,kami lebih tahu. hahaha.



6 comments:
tahun berapa ni?
tahun lepas rasanya...hahahahhahaha
jones.
Tahun-tahun di waktu saya membesar juga.
Moto because of rock no time for love sungguh hampeh haha.
Lily
up the irons!!! hahaha...
rock rock jugak, dalam hati ada taman..hahaha
mari follow paie... kongsi cerita,,
http://akupaie.blogspot.com/
Post a Comment